Picture from http://www.art-of-patient-care.com |
Kebanyakkan kita
apabila berjumpa dengan doktor akan mempunyai tanggapan “doktor mesti tahu
semua benda”. Tidak dinafikan seorang doktor itu perlu mengetahui pelbagai
jenis penyakit dan pilihan rawatan yang ada. Namun begitu ini tidak bermakna seorang doktor itu boleh menjadi
seperti watak “bomoh” yang biasa kita lihat di dalam drama, belum pun sempat orang
tu melangkah masuk ke dalam rumah, bomoh tersebut sudah tahu masalah dia. Hebat!!!
Seorang doktor itu
boleh diumpamakan sebagai detektif yang mana salah satu tugasnya adalah untuk membuat
diagnosis, mecapai kepada satu konklusi daripada aduan dan tanda-tanda yang
dapat dilihat pada pesakit. Sesetengah penyakit itu boleh dikesan daripada pemerhatian sahaja, dan untuk
memastikan diagnosis yang dibuat itu tepat beberapa prosedur pemeriksaan perlu
dilakukan.
Selain daripada
pemerhatian dan pemeriksaan, aduan pesakit juga dapat membantu para doktor untuk
membuat diagnosis tentang penyakit yang dihidapi. Untuk itu amat penting bagi pesakit
untuk mengetahui serba sedikit tentang kesihatan dirinya sendiri. Selain
daripada itu aduan yang diberikan perlulah jujur dan tepat. SOCRATES
boleh dijadikan panduan bagi kita untuk mengadu masalah kepada doctor (Site, Onset, Character, Radiation, Aggravating
factors, Time duration & progress, Easing factors, Severity)
1) ONSET: Bila sakit itu bermula, adakah
secara tiba-tiba atau sebaliknya
2) SITE: Dimana tempat yang dikatakan
sakit? eg: dada, bahu, perut
3) CHARACTER: Sakit yang bagaimana? eg:
pedih mencucuk, bisa-bisa, memulas
4) EASING FACTORS: Perkara yang melegakan kesakitan yang dirasai
5) AGGRAVATING FACTORS: Perkara yang
membuat ia semakin sakit
6) RADIATION: Adakah sakit itu turut
dirasai pada bahagian badan lain
7) DURATION & PROGRESS Bagaimana progress
sakit tersebut, berkurangan atau bertambah
8) OTHERS: Sebarang perubahan warna pada
air kencing, kahak dan sebaginya.
Sekiranya pesakit dapat memberi maklumat yang tepat kepada doktor keluarga, ia secara langsung
dapat membantu doktor-doktor membuat diagnosis dengan lebih tepat, cepat dan
juga boleh menjimatkan kos rawatan. Kadangkala terdapat beberapa perkara yang begitu peribadi atau memalukan
untuk diceritakan kepada doktor anda. Sekiranya doktor anda bertanya
tentang perkara seperti itu, berikan jawapan yang jujur. Tiada apa yang perlu
dimalukan kerana maklumat seperti itu amat penting bagi menentukan jenis
rawatan yang perlu diberikan dan juga bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang berbahaya.
Sebagai individu
kita bertanggungjawab atas kesihatan
diri kita sendiri. Apa-apa perubahan pada diri kita tanpa sebab-sebab yang
tertentu perlu diambil perhatian. Perubahan seperti berat badan yang turun
secara mendadak (pakaian yang biasa dipakai terasa longgar), hilang selera
makan, tidur yang terganggu di tengah malam, mudah berasa penat sejak
akhir-akhir adalah perkara yang kita sendiri akan sedar. Jangan teragak-agak
untuk mengadu masalah anda kepada doktor. Akhir kata, amalkan gaya hidup sihat,
jaga pemakanan, jaga kebersihan dan ambil peduli tentang kesihatan diri.
Khairul
No comments:
Post a Comment