Kelmarin terbaca
di Sinar Harian 23 Jun 2012, tajuk
beritanya RAMAI PESAKIT MENTAL DI NS. Memandangkan saya ada mengaji sedikit tentang
sakit mental (masalah
jiwa) atau mental disorder
izinkan saya berkongsi serba sedikit maklumat. Tidak dinafikan memang wujud
satu stigma dalam masyarakat tentang penyakit mental. Apabila berkata tentang
pesakit mental, perkara pertama yang akan kita bayangkan adalah orang gila, aggresif,
pakaian yang comot, suka meracau dan sebagainya. Namun begitu masih ramai lagi yang
tidak tahu atau kurang jelas tentang kes-kes lain yang boleh dirujuk kepada Pakar
Psikiatri seperti masalah ketagihan
(addiction), kerisauan (anxiety disorder), masalah tekanan perasaan
(depression), dan juga bipolar disorder.
Terdapat
pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat masalah jiwa, sama
ada disebabkan oleh penyakit semulajadi
(seperti schizophrenia dan Alzheimer), kesan
sampingan pengambilan ubat/dadah, atau pun faktor persekitaran (tekanan tempat kerja, di rumah, trauma). Oleh yang
demikian, keluarga dan rakan-rakan harus peka dengan beberapa perubahan personality
yang boleh memberi indikasi seseorang itu mengalami masalah jiwa:
Pergaulan: Hubungan antara ahli keluarga, rakan-rakan, rakan sekerja, introverted/extroverted, adakah mudah
untuk memulakan dan menjaga perhubungan.
Penggunaan masa terluang: hobi, kegemaran, aktiviti intelektual,
aktivit yang memerlukan tenaga, bersenang-lenang,
Mood: optimis/pessimis, stabil/mudah risau,
ceria/muram, reaksi terhadap peristiwa buruk dalam kehidupan.
Sikap terhadap diri dan orang lain: tahap keyakinan diri, mengkritik diri sendiri, kesedaran tentang
diri sendiri, mementingkan diri/ ambil berat tentang orang lain, dsb.
Kepercayaan agama dan moral: kepercayaan terhadap agama, toleransi
terhadap kepercayaan orang lain, membezakan baik dan buruk, altruism
Fantasi: termenung/mengelamun- (kekerapan
dan perkara yang difikirkan), mimpi sama yang berulang, fantasi seksual/ bukan
seksual.
Kebiasaan: makanan kegemaran, alcohol,
tembakau/rokok, ubat/dadah, tidur.
(Rujukan: A short textbook of psychiatry,
Niraj Ahuja)
Kenapa
masyarakat perlu ambil tahu tentang masalah mental? Kita perlu sedar, mereka
yang menghidap penyakit mental ini bukan sahaja kehidupan seharian mereka
sahaja yang terjejas, kehidupan ahli keluarga turut terkesan sama, selain
daripada reaksi yang pelbagai daripada jiran tetangga, sahabat di sekolah
ataupun di tempat kerja. Oleh sebab itu dengan mengetahui serba sedikit tentang
penyakit mental, dapat membantu masyarakat untuk lebih memahami bebanan yang
dirasai oleh mereka yang mengalaminya dan ahli keluarga mereka. Paling kurang
yang boleh kita lakukan adalah dengan
tidak melihat mereka dengan pandangan yang negatif dan kita seharusnya cuba untuk
memberi sokongan moral kepada mereka sedaya yang mungkin.
Khairul
2 comments:
tapikan, dah tgk org tu dah mcm tak betul depan mata, susah kan nak pikir positif pasal mereka. well, x ada ubat ke utk golongan ni weh?
normal la kalau ada rasa macam takut2 sikit tu, tapi jangan la sampai obvious sangat sampai cakap macam2 depan orang tu dengan muka2 sekali. =)
ubat memang ada, tapi kebanyakkannya macam mood stabilizer. Setengah2 kes tak perlukan ubat pun, psychoterapy orang kata.
Post a Comment