Pilihanraya Umum 13 dah semakin dekat, bila-bila masa sahaja boleh berlaku. Sekarang ni tengah sibuk-sibuk pula pasal Bersih 3.0. Penulis pasti, akan ada golongan yang buat nak-tak-nak ambil tahu pasal pilihan raya yang akan berlangsung nanti, golongan atas pagar kata orang "Si luncai mahu terjun dengan labu-labunya, biarkan-biarkan". Tak kita la atas pagar ke, luar pagar ke, lompat pagar ke undian setiap rakyat Malaysia yang layak adalah sangat bernilai.
Penulis tidak pernah menghadiri mana-mana
ceramah atau kempen pilihan raya, hanya sekadar menonton video-video kempen di YouTube.
Oleh sebab itu penulis tidak pasti sama ada setiap kali selepas sesi
ceramah/kempen pilihan raya, akan ada sesi soal jawab dengan YB yang berkenaan
atau tidak. Kalau ada, penulis ingin mencadangkan kita tanya calon berkenaan,
“pembaharuan apa yang YB akan buat kalau YB
menang pilihan raya ini? Kami nak pembaharuan yang boleh bertahan untuk tempoh 8 tahun”