Wednesday, February 2, 2011

Kalau Beginilah Gayanya (2)

This post has nothing to do with the situation in Egypt. Pray to God hopefully everything will be fine there. From Egypt, I look back to my hometown. BN won the TENANG by-election. Congratulations!!! I’m not going to comment about the winning but what I want to share here are some facts from my experience. Being a leader everybody knows is not a simple and easy job. It depends on how you look at it. When I was in SDAR I attended a BTN camp for student leaders and I still remember what the facilitator, Mr. Hamim said.

Kamu perlu sedar bahawa kamu dilantik menjadi pemimpin dikalangan sahabat kamu atas kehendak Allah. Jadi kamu perlu sedar kamu bekerja kerana Allah, dan apa yang kamu lakukan akan dipersoalkan Allah terlebih dahulu sebelum orang lain”

Sudah beberapa tahun adik saya Ahmad Danial mendapat sumbangan daripada satu pihak yang berkenaan setiap kali tiba hari raya. Saya menganggap itu sebagai rezeki adik saya. Sumbangan itu pada dasarnya diberikan kepada Ibu-ibu tunggal dan juga mereka yang mempunyai anak-anak istimewa. Nak dijadikan cerita, suatu hari emak saya bertanya sumbangan ni untuk ahli sahaja ke? Rupa-rupanya sebelum ini ada penerima yang layak tetapi ‘terlepas pandang’ kerana beliau bukan ahli. Apabila ditanya begitu barulah AJK yang berkenaan meminta nama penerima lain yang layak. Dalam hati saya, KALAU BEGINILAH GAYANYA macam mana orang bukan ahli nak sokong depa ni dengan sifat pilih bulu yang depa tunjukkan.

Kalau kita dah jadi pemimpin tak kira orang suka kita atau tidak, selagi mana mereka di bawah tanggungjawab kita, ada hak mereka yang perlu kita laksanakan. Kadangkala pemimpin itu sendiri tidak tahu bahawa terdapat ‘diskriminasi’ yang terjadi, kerana kebanyakan urusan dilakukan oleh orang bawahnya. Namun begitu sebagai pemimpin, menjadi tanggungjawab kita untuk pantau orang-orang di bawah kita.

Untuk mereka yang bukan ahli pula, walaupun kita tidak mengundi untuk dia menjadi pemimpin, kita perlu sedar bahawa itu adalah suara majoriti. Perlu untuk kita memberi sokongan kepada pemimpin yang sudah dipilih barulah kerja yang dilakukan berkat. Kalau ada sumbangan yang dihulurkan, janganlah pula kita menyombong diri “ceh, tak ingin aku terima sumbangan dari depa!!!” Tunggu 4 tahun lagi, kalau rasa nak tukar puncuk pimpinan masa tu lah baru boleh buat. Dalam tempoh berkenaan, tak payah la nak sibuk-sibuk jatuhkan atau aibkan orang lain. Fokus untuk bekerja dan jaga kebajikan masyarakat.

Semua ini hanyalah pandangan seposen saya sebagai rakyat marhaen tentang politik. Salah silap andai ada yang terkecil hati saya mohon maaf. Niat saya tiada lain untuk menasihati diri ini yang suatu hari nanti juga bakal manjadi pemimpin keluarga dan juga untuk pemimpin-pemimpin masyarakat sama ada yang telah jadi atau bakal jadi.

Khairul

1 comment:

wankhai said...

Itulah birokrasi.

Ini bukan salah kerajaan sahaja- kita juga mungkin tidak punya semangat kolektif yang tinggi untuk membantu orang yang memerlukan.

muhasabah diri juga patut, inshaAllah.

di NZ misalnya, the opposition is a very effective shadow government. bukan setakat jadi shadow minister, even di local municipalities, AJK2 parti berbeza bekerja regardless of political affiliation.

yang memerintah pilih bulu, yang tidak pula prejudis- maka sampai ke sudah mentaliti tahap ketiga.