Monday, February 21, 2011
Sorry, No jokes here...
Sunday, February 13, 2011
Merci beaucoup
Tanggal 25 Disember 2006, aku telah ditemukan dengan teman baru. Memang sudah lama aku nantikan hari ini. Hari di mana aku mendapat ‘sahabat sejati’. Selama lebih kurang 4 tahun perkenalan kami, banyak suka duka yang telah kami harungi bersama. Di waktu sedih, gembira, murung, bahagia aku dan dia sentiasa bersama. Menyampaikan atau menerima berita itulah tugasku. Aku tidak kisah digelar ‘orang tengah’, kerana bersahabat dengannya adalah satu kebanggaan bagiku.
Benar, aku banyak berkorban untuknya kerana aku tahu pengorbanan aku akan dibalas dengan kesetiaannya. Bersahabat dengannya begitu bermakna, jika aku mampu akan aku setia bersama. Tetapi apakan daya. Setelah 4 tahun bersama, kudratku tidak seperti dahulu lagi. Aku tahu aku tidak boleh hanya mementingkan diri. Aku tahu dia masih menganggap aku sebagai sahabatnya, tetapi dia juga ada kemahuan. Kini harinya sudah tiba. Hari di mana aku akan berehat buat selama-lamanya. Aku tidak akan menyesal aku tidak akan berasa terkilan, malah aku berasa bangga kerana dialah sahabatku yang setia.
“ Buat Ahmad Khairul Anwar, terima kasih untuk memori 4 tahun bersama” [V3X]
P/s: You’ve been a great company to me V3X. Thank you so much. And don’t worry about the buat-baling-anjing, it’s just a joke. =D [KHAIRUL]
Khairul
Monday, February 7, 2011
Wira dan Putri (5)
Wira:
Mereka berbual dengan begitu rancak sekali. Nora menyatakan bahawa dia tahu serba sedikit tentang Wira daripada Adi Putra. Adi Putra selalu bercerita tentang Wira. Wira sewaktu zaman sekolah dahulu agak nakal, tetapi tidak sampai melanggar peraturan kategori berat. Wira mula berasa segan apabila ada orang yang baru dikenali tahu banyak perkara tentang dirinya.
“Adi ada bagitahu I, dulu you ada bagi nasihat kat junior you... Tapi I lupa la.”
“Owh yang tu.. Jadi nakal tak apa, tapi jangan jadi jahat. Nakal dan Jahat nampak sama tapi tak serupa”
“Ha! Yang itu. I tergelak besar bila Adi cakap pasal nasihat you tu. Sebenarnya I tak faham pun apa maksud dia.”
Adi masuk ke dapur membawa pinggan mangkuk yang bertingkat ditangan. Dia memandang Wira dan Nora yang sedang berbual. Adi tersenyum.
“Ha Wira! Kalau ya pun terasa hati dengan apa yang aku cakap tadi, janganlah cepat sangat terus masuk gear.”
Mereka berdua memandang Adi. Nora menunjukkan reaksi hairan. Wira hanya menggelengkan kepala supaya Nora mengendahkan sahaja apa yang dikatakan Adi. Kemudian mereka bertiga kembali ke ruang tamu bersama tetamu-tetamu yang lain. Majlis malam itu bukan sahaja untuk meraikan kepulangan Adi Putra. Ia juga dilakukan sekali dengan sambutan ulang tahun Batch Wira dan rakan-rakannya semasa di sekolah menengah. Sebelum pulang, Wira dan Nora bertukar business card.
Nora Binti Ismail
Group Quality Assurance Head
FELDA Sdn. Bhd.
Putri:
Mereka menonton filem pilihan Wira memandangkan hari itu merupakan ulangtahun untuk Wira. Putri yang membayar harga tiket. Wira memilih untuk menonton filem arahan pengarah filem tempatan yang paling dikaguminya, Yasmin Ahmad. Sebelum berkenalan dengan Wira, Putri tidak pernah menonton filem arahan ‘Malaysian Story Teller’ itu. Pada ketika itu Wira mengajaknya menonton filem SEPET. Pada mulanya Putri seperti mahu-tak-mahu sahaja, tetapi setelah menonton filem itu Putri terus jatuh hati dengan setiap karya Yasmin Ahmad.
Selesai menonton wayang, Wira mempelawa Putri untuk makan tengah hari di sebuah restoran Thailand di dalam pusat beli-belah itu. Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, mereka berbual-bual tentang filem yang baru ditonton, kemudian tentang pengarah filem tersebut, kemudian mereka membandingkan dengan pengarah tempatan yang lain, dan kemudian dengan pengarah luar Negara pula. Begitulah Wira dan Putri. Daripada satu topic perbualan, mereka akan terbawa-bawa sehingga kepada perkara lain.
Selesai makan, Putri memberi isyarat kepada pelayan tadi. Tiba-tiba suasana di dalam restoran itu menjadi gelap. Dari satu penjuru, seorang pelanggan membawa sebiji kek ke arah Wira dan Putri. Kemudian semua pelanggan di dalam restoran itu menyanyikan lagu selamat ulangtahun kepada Wira. Selepas Wira meniup lilin di atas kek itu, suasana di restoran kembali terang. Baru Wira sedar separuh daripada pelanggan restoran itu merupakan rakan-rakannya.
“macam mana you all boleh ada kat sini?”
“Putri yang call. Dia yang plan semua ni.”
“Laju pula you all semua sampai sini,”
“Wira punya pasal, lampu merah pun kitaorang langgar je tadi.”
Mereka semua tergelak besar. Putri kemudian menyerahkan sebuah kotak hadiah kepada Wira. Wira terus membuka hadiah itu. T-shirt Superman limited edition daripada DC House. Wira tersenyum besar melihat hadiah itu.
“Wow, mana you tahu I memang teringin t-shirt ni? Thanks a lot Putri!!”
Putri hanya tersenyum melihat Wira. Memang betul kata rakan-rakannya yang lain, Wira mempunyai senyuman yang menyenangkan orang apabila melihatnya.
Friday, February 4, 2011
Wednesday, February 2, 2011
Kalau Beginilah Gayanya (2)
This post has nothing to do with the situation in Egypt. Pray to God hopefully everything will be fine there. From Egypt, I look back to my hometown. BN won the TENANG by-election. Congratulations!!! I’m not going to comment about the winning but what I want to share here are some facts from my experience. Being a leader everybody knows is not a simple and easy job. It depends on how you look at it. When I was in SDAR I attended a BTN camp for student leaders and I still remember what the facilitator, Mr. Hamim said.
“Kamu perlu sedar bahawa kamu dilantik menjadi pemimpin dikalangan sahabat kamu atas kehendak Allah. Jadi kamu perlu sedar kamu bekerja kerana Allah, dan apa yang kamu lakukan akan dipersoalkan Allah terlebih dahulu sebelum orang lain”
Sudah beberapa tahun adik saya Ahmad Danial mendapat sumbangan daripada satu pihak yang berkenaan setiap kali tiba hari raya. Saya menganggap itu sebagai rezeki adik saya. Sumbangan itu pada dasarnya diberikan kepada Ibu-ibu tunggal dan juga mereka yang mempunyai anak-anak istimewa. Nak dijadikan cerita, suatu hari emak saya bertanya sumbangan ni untuk ahli sahaja ke? Rupa-rupanya sebelum ini ada penerima yang layak tetapi ‘terlepas pandang’ kerana beliau bukan ahli. Apabila ditanya begitu barulah AJK yang berkenaan meminta nama penerima lain yang layak. Dalam hati saya, KALAU BEGINILAH GAYANYA macam mana orang bukan ahli nak sokong depa ni dengan sifat pilih bulu yang depa tunjukkan.
Kalau kita dah jadi pemimpin tak kira orang suka kita atau tidak, selagi mana mereka di bawah tanggungjawab kita, ada hak mereka yang perlu kita laksanakan. Kadangkala pemimpin itu sendiri tidak tahu bahawa terdapat ‘diskriminasi’ yang terjadi, kerana kebanyakan urusan dilakukan oleh orang bawahnya. Namun begitu sebagai pemimpin, menjadi tanggungjawab kita untuk pantau orang-orang di bawah kita.
Untuk mereka yang bukan ahli pula, walaupun kita tidak mengundi untuk dia menjadi pemimpin, kita perlu sedar bahawa itu adalah suara majoriti. Perlu untuk kita memberi sokongan kepada pemimpin yang sudah dipilih barulah kerja yang dilakukan berkat. Kalau ada sumbangan yang dihulurkan, janganlah pula kita menyombong diri “ceh, tak ingin aku terima sumbangan dari depa!!!” Tunggu 4 tahun lagi, kalau rasa nak tukar puncuk pimpinan masa tu lah baru boleh buat. Dalam tempoh berkenaan, tak payah la nak sibuk-sibuk jatuhkan atau aibkan orang lain. Fokus untuk bekerja dan jaga kebajikan masyarakat.
Semua ini hanyalah pandangan seposen saya sebagai rakyat marhaen tentang politik. Salah silap andai ada yang terkecil hati saya mohon maaf. Niat saya tiada lain untuk menasihati diri ini yang suatu hari nanti juga bakal manjadi pemimpin keluarga dan juga untuk pemimpin-pemimpin masyarakat sama ada yang telah jadi atau bakal jadi.
Khairul