Wednesday, January 19, 2011

Usrah dan Kita

Menurut pemahaman saya tentang usrah adalah, perjumpaan muslim dalam kumpulan yang membincangkan tentang perihal agama dan yang berkaitan dengannya serta dengan tujuan untuk saling ingat-mengingati. Perkataan usrah itu sendiri berasal daripada bahasa arab yang memberi makna keluarga. Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati, amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat. Usrah bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya) –Al- Quran (5:2)

Namun begitu, adakah cukup hanya sekadar dengan menghadirkan diri, menunjuk muka di majlis-majlis ilmu? Saya mohon maaf terlebih dahulu jika bahasa yang saya gunakan dalam post ini kedengaran seperti kasar. Hal ini kerana saya merasakan menggunakan bahasa berlapik dengan mereka yang sezaman dengan saya agak kurang berkesan. Saya tidak mengatakan bahawa semuanya ‘tak reti faham bahasa’, tetapi majoriti daripada kami generasi saya kurang sensetif. Saya sendiri kadang-kala kurang sensetif dengan teguran yang diberikan secara berkias.

Daripada apa yang saya lihat, sesetengah orang yang mengikuti program usrah hanya sekadar seperti ‘melepaskan batuk di tangga’. Sebab apa saya berkata sedemikian, mereka hanya hadir untuk tunjuk muka dan kemudian apabila selesai tidak ada follow up yang dibuat. Dah berulang kali diingatkan ilmu tanpa amal adalah seperti pohon tanpa buah, tapi sejauh mana kita mengamalkan peringatan ini? Saya cuba untuk mengingatkan diri saya, kalau susah nak berubah banyak berubah sikit-sikit pun boleh, yang penting ada perubahan (istiqamah).

Memang betul menghadiri majlis ilmu itu sudah mendapat ganjaran pahala, tetapi kenapa hanya berhenti setakat itu sedangkan kita mampu untuk mendapat lebih ganjaran dengan mengamalkan peringatan yang dipelajari dalam usrah. Takut-takut nanti di akhirat Allah akan persoalkan balik kepada kita kemana kita gunakan dengan ilmu yang kita pelajari. Semasa duduk di Sungai Gadut kawan saya pernah kata pada saya,

“eh skem, aku tak paham la~ diorang ni. Pergi usrah, dengar ceramah, buat taklim tiap-tiap malam tapi perangai duk sama camtu gak. Orang kejut subuh malas, kemas dorm malas, selipar pagi-pagi tak nak susun. Nyusahkan orang betul la!!!

Mana pergi peringatan?? Ada kita amalkan??

KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

SESUNGGUHNYA ALLAH ITU INDAH DAN SUKA PADA KEINDAHAN

SAYANGILAH SAHABAT KAMU SEBAGAIMANA KAMU MENYAYANGI DIRI KAMU.

Kita jangan ingat dengan menghadiri majlis ilmu itu, tanggungjawab kita sudah selesai. Belum lagi der. Kena sampaikan ilmu yang kita belajar kepada orang lain, sama ada secara verbal atau practical. Moga post ini dapat memberi manfaat dan peringatan kepada saya khasnya dan juga kepada anda yang membaca.

Khairul

1 comment:

mohamad asri said...

beli baju depends aaa. setakat ni ada la bpe helai jek baju2 ori yg murah/sale. murah2 pun balun jugak kalau dh lawa.

bab2 memilih brand aku setuju, bkn apa, mahal pun mahal tapi kualiti elok. tahan lama.

sama geng x tau pasal perfume2. deodorant sudah. haha