Sejak kecil apabila melihat orang-orang yang hebat, kita cenderung untuk mengikut jejak langkah mereka. Ada yang hebat bersukan, ada yang hebat berbicara, ada yang hebat dalam akademiknya, ada yang hebat dengan kebudayaan dan kesenian, ada yang hebat dalam berzanji dan sebagainya. Bagi si anak kecil yang berjiwa besar ingin sahaja dia menjadi hebat dalam semua perkara pabila besar nanti. Di televisyen mahupun daripada novel cerita atau manga, watak yang “sempurna” ditonjolkan, cemerlang dalam semua aspek. Realitinya wujudkah perkara itu di dalam dunia sebenar?
Allah itu Maha Adil. Peluang yang sama diberikan kepada semua insan untuk mendalami ilmuNya, penggunaan peluang yang ada itu terpulang kepada kita. Analoginya begini, kita diberi 100 pengalaman dan terpulang kepada kita untuk menggunakan pengalaman itu sama ada untuk meningkatkan intelek (agama dan ilmu alam), bakat (seni), fizikal (ketangkasan dan etc) atau apa sahaja cabang ilmu yang ada di dalam dunia ini. Apa yang lazim dilakukan orang pada hari ini adalah dengan memilih 2 3 cabang yang ada dan menggunakan ‘100 pengalaman’ untuk 3 cabang perkara itu sahaja. Ini bermakna akan ada beberapa cabang ilmu Allah yang mereka tidak berkesempatan untuk mempelajarinya.
Apabila kita fokus kepada sesuatu perkara kita akan cenderung untuk ketinggalan perkara yang lain. Kelebihannya di sini adalah kita akan menjadi PAKAR/ HEBAT dalam aspek yang kita fokus. Bagi mereka yang memilih untuk mempelajari semua perkara, mereka mungkin tidak sampai kepada tahap hebat. Pengetahuan mereka hanya pada tahap basic. Individu seperti ini dapat kita lihat sebgai ALL ROUNDER/SERBA BOLEH. Sama ada kita ingin menggunakan masa hidup yang ada hanya pada satu 2 3 cabang ilmu atau lebih tidak ada salahnya. Semuanya jika dilakukan dengan niat kerana Allah, InsyaAllah akan mendapat balasan pahala daripadaNya. Apa yang paling penting adalah dalam kita mengejar ilmu dunia, ilmu akhirat jangan diabaikan. Ingin menjadi Muslim hebat atau Muslim serba boleh, jika boleh jadi dua-dua MashaAllah!!!
No comments:
Post a Comment