Post pertama untuk tahun baru ni. Semalam 5 Safar adalah hari ulangtahun penulis. Sambutan ala kadar di pagi hari, cup cake dan secawan kopi. =D Petangnya, menyajikan diri menonton MUALLAF buat kali yang keberapa entah. Arwah Yasmin Ahmad memang sangat berbakat. Setiap ceritanya sangat unik, tidak hairan beliau mendapat gelaran Malaysian Story Teller. Menonton MUALLAF akan membuatkan anda tertanya-tanya maksud disebalik angka-angka yang disebut oleh Ana di dalam cerita tersebut. Pesan penulis, sediakan tafsir semasa menonton. (^_^).
Ada beberapa babak di mana penulis faham mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah filem, tetapi realitinya sukar sekali untuk dilaksanakan jika jati diri dan didikan agama itu kurang. Namun begitu di dalam cerita tersebut memaparkan dua beradik itu tidak pernah lekang dari Kalam Allah. Itulah berkat didikan agama daripada Si Ibu sejak mereka kecil. Banyak lagi perkara yang boleh dicungkil daripada filem tersebut, tontonlah di laptop yang berdekatan. =D
P/S: sorry, buat review filem dah lapok
Khairul
No comments:
Post a Comment