Raya tahun ini saya beraya di
Kuala Lumpur bersama-sama dengan keluarga sebelah abah. Selepas penat memandu
selama beberapa jam, saya baring dihadapan TV. Kemudian pakcik saya pun tanya “Khairul
dah tengok cerita KIL?” saya yang kepenatan
hanya menjawab “belum, takpela boleh juga nak tengok.”
Pada babak pembukaan sahaja,
filem KIL ini sudah menarik minat saya dan membuatkan untuk duduk di atas sofa.
Saya terus menonton filem itu daripada pukul 12 tengah malam sehingga hampir ke
pukul 2 pagi. Jalan ceritanya sangat menarik, walaupun pelakon-pelakon utamanya
masih baru tetapi lakonan mereka sangat mantap. Yang paling saya suka adalah
dialog dalam filem tersebut yang sangat bersahaja dan ia mengingatkan saya pada
filem-filem arahan arwah Yasmin Ahmad. Pada saya Nik Amir Mustapha telah
melakukan satu kerja yang sangat baik untuk kali pertama. Saya akan terus memberi
sokongan dan menanti filem arahannya yang akan datang. Pastikan ada menonton
filem lakonan Redza Minhat dan Cristina Suzanne jika
berkesempatan, dapatkan DVD yang original memang berbaloi.
A.Khairul
No comments:
Post a Comment