Q: “Kenapa yang ‘LIKE’ gambar
kau semua lelaki?”
A: Saya bersekolah di sekolah berasrama yang semua pelajarnya
lelaki selama 5 tahun, dan bila dah habis sekolah menengah masih tak biasa
berkawan dengan perempuan so kawan perempuan tak ramai. Hakikatnya saya lagi
ramai kawan lelaki daripada perempuan so logik la kot kalau ramai lelaki yang ‘LIKE’
daripada perempuan.
Q: “Why your nails are so
pink?”
A: Fakta bukan auta, tangan saya memang cepat berpeluh “hyperhydrosis”.
Blood supply yang terlebih efficient ke tapak tangan, sebab tu tapak tangan sentiasa
merah dan kuku nampak pink macam baru lepas pergi manicure.
Q: “Please nak dengar kau ‘curse’
sekali ini je~”
A: Jujurnya saya rasakan saya mewarisi perangai ‘pendekar’ daripada
sebelah ayah. Saya tak berapa suka tengok orang marah-marah tak tentu pasal dan
sebab tu saya tak suka marah-marah atau menyumpah. Sekali-sekala ada juga
terlepas cakap, tetapi selagi mana boleh kawal, saya akan cuba kawal.
Q: “Kau anak sulung ke?”
A: Saya bukan anak sulung, tapi saya anak lelaki sulung. Ada
seorang kakak, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.
Q: “Kenapa orang panggil kau
Cheng?”
A: Erm sebab masa buat IB diploma program, ada satu author buku
chemistry ni nama dia Raymond Cheng. Saya banyak ambil reference daripada buku
tu masa awal-awal belajar, lepas tu terus melekat nama Cheng.
Q: *Banyak kali orang Cina
cakap bahasa Cina dengan saya*
A: Saya tak pasti jika moyang punya moyang punya moyang ada darah
Cina, tetapi daripada apa yang dimaklumkan daripada pakcik sebelah ayah,
keluarga sebelah ayah ada darah Bugis. Sebelah emak tak berapa pasti.
A.Khairul
No comments:
Post a Comment