Wira
Irfan khusyuk mendengar
penjelasan yang diberikan oleh Wira. Kini dia tahu yang Wira merupakan seorang
jurutera, Adi Putra seorang doktor
pakar, dan Iskandar seorang yang
yang mempunyai kelulusan dalam Business
& Administration. Mereka bertiga bersekolah di sekolah yang sama.
Tawaran yang diberikan oleh Wira itu sangat menarik kerana segala modal akan
dikeluarkan oleh Wira dan rakan-rakannya, peranan mereka dalam perniagaan itu
adalah seperti Board of Directors. Apa
yang Irfan hanya perlu lakukan adalah memberikan komitmen 100% terhadap
perniagaan itu.
“Irfan saya tahu mesti awak tertanya-tanya kenapa kami pilih awak. Jujurnya sebab saya dah perhatikan bisnes awak sejak dari dahulu lagi. Awak boleh lebih maju lagi. Setiap malam gerai kecil awak tu penuh orang, pelanggan tak putus-putus datang. Saya dapat rasakan awak berpuas hati dengan bisnes tu, bukan sebab keuntungan tetapi sebab sambutan orang ramai.
Kami pula rasakan gerai ini
punya banyak potensi untuk berkembang. Kami ingin gerai ini jadi satu bisnes yang dapat berbakti kepada
masyarakat. Kami bercadang supaya bisnes tu nanti dapat bekerjasama dengan
Kelab Bisnes dan Kelab Memasak sekolah menengah kat situ. Perundingan dengan
pihak sekolah kami akan uruskan. Mungkin di situ nanti kita berpeluang terlibat
secara tidak langsung dengan pelajar sekolah itu dengan membuka gerai kecil
untuk aktiviti-aktivit. Kalau ada pelajar yang berminat itu pun selepas
mendapat kebenaran, kita boleh beri upah bekerja sambilan untuk kelab-kelab tu
pada hujung minggu.
Kami nak jadikan restoran
tu nanti sebagai pengganti kedai mamak, tempat orang lepak sambil tengok bola.
Kalau ada perlawanan pasukan Malaysia kita akan buat offer, jadi orang kawasan
ni tak perlu pergi kedai mamak jauh-jauh nak tengok bola. Parents pun tahu anak
dia akan lepak kat mana, jadi mereka tak akan risau sangat. Untuk kat dalam
kedai, kita akan pasang channel drama-drama untuk mereka yang datang dengan keluarga.
Sebelah atas pula akan ada ruangan membaca, tempat budak-budak main dan sebuah
bilik solat. Yang itu kakak saya akan uruskan.
Kerja awak senang je Irfan.
Awak masak burger awak macam biasa, sebab masakan awak konsisten dan mungkin
nanti awak perlu latih 2-3 orang pembantu untuk tolong. Awak tak akan hilang
pelanggan setia awak, awak layan diorang macam biasa. Semua orang kat taman tu
memang dah kenal awak, jadi bisnes baru ni macam awak bergerak selangkah menjadi pro. Harga tetap
sama, cuma kita akan pelbagaikan menu untuk breakfast, lunch, dinner.
InsyaAllah kalau berjaya mungkin bisnes tu nanti boleh pergi jauh, tapi yang
itu kita biar dulu. So macam mana Irfan? Berminat?”
Irfan berasa
terharu dan gembira dengan apa yang baru didengarnya itu. Mulutnya tidak
terkata-kata pada waktu itu. Wira, Adi dan Is hanya memerhati Irfan. Mereka
telah pun menduga reaksi Irfan itu. Kemudian Iskandar bersuara,
“Macam ni Irfan, sebenarnya
Wira yang datang kepada kami dengan cadangan bisnes ni. Saya dengan Adi bukan
orang sini tetapi kami percaya pada Wira. Wira sangat yakin dengan awak dan
sebab itu kami pun yakin dengan awak. Kira bisnes ini bermula atas dasar kepercayaan, kita semua pun orang Islam jadi saling
membantu tak ada masalahnya. Awak balik dulu, baca kontrak perjanjian ni
dan bincang dengan keluarga awak. Kalau ada apa-apa persoalan awak boleh terus
tanya saya. Bila awak dah setuju nanti, kita berdua akan bekerja dengan lebih
dekat lagi memandangkan Wira dan Adi akan sibuk dengan urusan lain .”
Irfan mengangguk
tanda faham. Petang itu mereka berempat pulang ke rumah masing-masing dengan
harapan yang sangat tinggi. Kepada tuhan sahaja mereka berserah moga niat baik
mereka itu dipermudahkan urusannya.
Putri:
Putri dapat
mendengar suara Wira berdehem di hujung talian. Hatinya semakin berdebar-debar.
Tidak pernah dia menyangka dia akan meluahkan perasaannya kepada seorang lelaki
terlebih dahulu. Kemudian Wira mula bersuara,
“Putri, is this serious or you just want to mess around with me?” Wira
bertanya.
“Serius
la, ingat senang ke nak mengaku macam ni.” Perasaannya
gemuruh.
“Fuh,
ini tak macam apa yang Wira rancang.” Wira tertawa
kecil.
“Apa
yang Wira rancang?” Putri ingin tahu.
“Since Putri dah luahkan
perasaan dulu, jadi Wira pun nak buat pengakuan juga la. Wira memang dah lama
simpan perasaan pada Putri, cuma tak tahu nak luahkan bila dan macam mana.
Putri pun tahukan Wira ni selalu sibuk, cuma baru-baru ni Wira dah nekad nak
beritahu Putri selepas Wira balik daripada luar negara nanti.”
“Tak gentleman la Wira ni~”
Putri cuba memerli.
“Ye la, kita je la yang tak
gentleman. Apa pun thank you so much for letting me know your feeling. Now is the
most difficult part, waiting. Wira harap Putri dapat bersabar tunggu Wira. Kita
akan buat perkara ini dengan cara yang betul, InsyaAllah.”
Putri sangat
terharu mendengar jawapan daripada Wira itu. Hatinya terasa lapang. Tidak perlu
bermain teka-teki lagi, dia dan Wira telah berusaha dan kini segalanya
diserahkan kepada Sang Pencipta untuk menentukan jodoh mereka berdua. Putri
merancang untuk memberitahu perkara itu kepada emaknya pada keesokkan hari.
Sebelum masuk tidur pada malam itu, Putri menulis sesuatu pada diari
peribadinya. Lagu The Show nyanyian Lenka bermain pada IPod miliknya.
“dum de dum
dudum de dum
Just enjoy the show
dum de dum
dudum de dum
Just enjoy the show”
Khairul
No comments:
Post a Comment