Thursday, February 23, 2012

Ada Apa Dengan Mimpi?


Assalamualaikum. Dalam post ini penulis bukan nak bercerita tentang bagaimana kita mahu menafsir mimpi, sekadar berkongsi sedikit pandangan penulis tentang “mimpi”. Mimpi ni ada banyak jenis, ada orang bermimpi perkara buruk, ada orang bermimpi perkara baik. Baik buruk mimpi seseorang itu sangat subjektif, mungkin pada dia mimpi tu mimpi buruk tapi pada orang lain mimpi itu bagus.

Contohnya bermimpi dapat anak 10 orang. Sesetengah orang akan merasakan mempunyai anak 10 orang tu satu tanggungjawab dan beban yang banyak. Untuk orang lain pula, dia akan menganggap itu mimpi baik sebab dia berpegang pada kata-kata “setiap anak yang lahir akan membawa rezeki”. Bila bercerita pasal mimpi ni kebanyakkan orang secara lazimnya menganggap ia sebagai “permainan tidur”, tetapi pada penulis mimpi itu adalah satu “medium” untuk kita memuhasabbahkan diri. 
 
Alter Ego
Sebab apa penulis katakan ia sebagai satu medium untuk kita membuat reflection tentang diri kita. Penulis memandang pengalaman yang dialami dalam mimpi penulis sebagai sesuatu yang dipanggil my alter ego, personaliti diri kita yang lain daripada dunia sebenar. Semua watak dan dialog di dalam mimpi itu adalah pancaran daripada alter ego penulis dalam keadaan minda separa sedar. Di alam mimpi suka untuk penulis mengambil konsep delusion of reference” iaitu membayangkan semua perkara yang berlaku dalam mimpi itu adalah berkaitan tentang penulis. Di dalam mimpi, Alter ego itu membantu memberitahu penulis jika penulis buat begini, perkara begini akan berlaku dan jika penulis tidak berbuat begitu, perkara begitu akan berlaku.

Mimpi Buruk
Tentu pernah suatu ketika sama ada kita sendiri mengalaminya atau kita terlihat rakan kita yang dengan tiba-tiba terjaga dari tidur pada waktu tengah malam dan kemudian termenung sendirian di atas katil untuk seketika. Mimpi buruk? Dalam konteks ni, mimpi dikejar hantu atau zombie tidak diambil kira *sengih*. Adakah Kita bermimpi sesuatu yang buruk berlaku pada diri kita, keluarga kita atau kenalan kita? Atau adakah kita bermimpi mendapat gambaran azab siksa daripada tuhan sebagaimana apa yang sering dikongsikan oleh mereka yang sudah kembali ke pangkal jalan (tanpa sebarang niat memerli)? Tidak sekira segagah atau se’hero’ mana pun seseorang itu, dia tidak akan dapat lari daripada perasaan takut kerana minda separa sedarnya tahu akan kelemahan dirinya.

Reaksi Kita
Bagaimana reaksi kita apabila mengalami mimpi-mimpi buruk ini. Adakah kita akan buat tidak endah sahaja. Jika diceritakan kepada orang lain, kata mereka “ala mainan tido je tu~” “tu gangguan syaitan tu” “abaikan je, mimpi je pun”. Sebagai seorang Islam, cuba kita tanya balik pada diri kita. Tidak kira sama ada bermimpi perkara yang baik atau perkara yang buruk, adakah mimpi itu akan berlaku tanpa izin Allah, tuhan yang Maha Mengetahui segala perkara yang nyata, yang tersembunyi dan yang ghaib? 

“Sesungguhnya (ilmu) Tuhanmu meliputi segala manusia.” Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk dalam Al Quran. Dan Kami menakut-nakuti mereka, tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besar kedurhakaan mereka. (Al-Quran 17 : 60)

Seeloknya, kita gagahkan diri untuk bangun mengambil wudhu’ kemudian tunaikan solat sunat dua rakaat (atau lebih jika mampu) dan setelah selesai salam, kita berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk dan hidayah tentang mimpi yang mengganggu perasaan kita itu. Jika kita bermimpi perkara yang baik, berdoalah kepada Allah supaya diberikan kita petunjuk kearah kebaikkan itu dan jika sekiranya kita bermimpi perkara yang buruk kepada Allah jualah tempat kita berdoa supaya kita diberikan kekuatan iman untuk menghadapi ujianNya dan dijauhkan daripada segala musibbah buruk. Hal ini kerana seperti yang kita sedia maklum doa juga merupakan salah satu perkara yang dapat mengubah Qada’dan Qadar Shughra, selain daripada usaha seseorang itu. Wallahualam.

Khairul

No comments: