Assalamualaikum. Dalam post ini penulis bukan nak bercerita tentang
bagaimana kita mahu menafsir mimpi, sekadar berkongsi sedikit pandangan penulis
tentang “mimpi”. Mimpi ni ada banyak jenis, ada orang bermimpi perkara buruk,
ada orang bermimpi perkara baik. Baik buruk mimpi seseorang itu sangat subjektif,
mungkin pada dia mimpi tu mimpi buruk tapi pada orang lain mimpi itu bagus.
Contohnya bermimpi dapat anak 10 orang. Sesetengah orang akan merasakan
mempunyai anak 10 orang tu satu tanggungjawab dan beban yang banyak. Untuk
orang lain pula, dia akan menganggap itu mimpi baik sebab dia berpegang pada kata-kata
“setiap anak yang lahir akan membawa rezeki”. Bila bercerita pasal mimpi ni
kebanyakkan orang secara lazimnya menganggap ia sebagai “permainan tidur”,
tetapi pada penulis mimpi itu adalah satu “medium” untuk
kita memuhasabbahkan diri.