Tuesday, January 10, 2012

Teknologi dan Kita


Hari makin hari, makin banyak teknologi baru yang muncul. Kalau dulu masa zaman handphone baru keluar, saya ingat lagi arwah atok ada beli handphone Motorola yang saiz dia sama besar dengan pencilbox saya. Lepas tu handphone makin kecik dan nipis, kalau kecik tu memang canggih la siap boleh simpan lagu mp3 lagi. La ni, handphone dah jadi besar balik. Apa yang besar? Skrin besar. Memory besar. Harga pun besar. Kalau dulu handphone orang cuma guna setakat nak buat panggilan dan hantar SMS je, sekarang dah macam-macam benda boleh buat. Nak bukak website, facebook, twitter, main game, tangkap gambar, siap nak berbual-bual dengan “telefon” pun boleh!!! Syarikat yang buat handphone pun makin bertambah-tambah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Itu baru cerita pasal handphone, tak cerita lagi pasal laptop, tablet, game console, BlueRay dan banyak lagi la teknologi baru yang orang tak terbayang 20 tahun lepas. Saya bukan nak duk cerita pasal gadget terbaru ke apa, cuma sekadar nak kongsi sedikit apa yang saya rasa kesan teknologi kepada kita. Pertamanya saya mengaku, saya memang minat dengan gadget yang canggih-canggih ni. Bak kata orang, “memang minat gila ah~”. Tapi nak kata semua gadget yang saya ada paling terbaru tak la juga, sekadar sesuai dengan arus semasa. Tak terlampau canggih dan tak terlampau ketinggalan sangat.


Bergaya.
Cuma baru-baru ni saya perasan terlampau banyak sangat gadget yang ada di rumah saya (Malaysia), sebab abah saya memang pantang tengok benda baru keluar. Kata orang, “tak apalah, dah dia minat.” Kalau orang yang betul-betul minat dengan gadget yang dia beli memang saya tak kisah sangat sebab dia akan guna gadget tu semaksimum yang mungkin, tapi kalau beli hanya kerana ingin bergaya… erm… saya kurang pasti sama ada ia berbaloi, hangat-hangat tahi ayam je. Berapa ramai orang betul-betul guna lebih daripada 50% fungsi yang ada pada handphone dia. Kalau setakat game, facebook, twitter, call dan sms pada saya baru 50%. Saya sendiri pun tak rasa saya 100% guna fungsi yang ada pada handphone saya, dan sebab itu masih ragu-ragu untuk bertukar handphone baru. Tak apalah, selagi mana tak buat hal selagi tu saya tak tukar. Orang akan kata “biarlah diorang nak buat apa dengan telefon diorang, bukan beli pakai duit kau pun!” Amboi, marah benar ni. Lepak la bro, saya cuma kongsi apa yang saya rasa je. Kita sama-sama reflek diri la. *senyum* 

Menguji iman kita dan orang sekeliling kita.
Benda kedua yang saya sedar bila keluar dengan  kawan-kawan lama, lebih-lebih lagi kalau kita asal kawasan luar bandar. Kita pakai telefon mahal-mahal tapi kawan-kawan lain pakai telefon biasa-biasa je. Kita siap ada mp3 player berpuluh-puluh gigabyte, kawan tu still pakai Walkman lagi. Apa kita rasa pakai barang canggih depan kawan-kawan? Bangga? Serba salah? Biasa je? Kalau kita duduk dengan kawan-kawan yang pakai barang canggih-canggih memang la tak rasa apa-apa. Saya cakap berdasarkan pengalaman. Dulu masa sekolah, saya tengok kawan-kawan ada gadget canggih-canggih, cemburu sikit la. Tapi kita mesti pernah dengar kes budak-budak sekolah cemburu tengok telefon kawan sampai dia mencuri. Lepas tu tahun lepas saya jumpa seorang kawan lama, dia tengok saya ada Ipod nano 8GB dia dah kagum. Memang rasa janggal la sebab nanti orang ingat kita ni orang berada pakai barang mahal-mahal. Tapi sebab kami memang dah kenal lama so dengan dia memang tak ada masalah sangat. Tapi agak-agak kalau masa kita lepak dengan kawan-kawan lama, tetiba gadget kita yang mahal tu hilang, kita suspek tak kawan kita buat atau kita redha? Kerana gadget kita boleh dapat kawan, dan sebab gadget juga kita boleh hilang kawan. 

Anti-sosial
Yang ini semua orang sedar kot. Cuba pergi kedai makan, berapa banyak keluarga yang rancak berbual dan berapa banyak keluarga yang semua tunduk bawah pandang skrin telefon dan PSP. Dah terlampau biasa bersembang atas talian,bila jumpa in-person jadi janggal nak bercakap. Sebab tu saya dah bagi mp3 player saya pada adik, sebab kalau saya pegang benda tu memang setiap masa asyik sumbat telinga je. Teknologi tu tak salah pun sebenarnya, cuma kita sahaja yang kena pandai kawal diri. Harap nanti future wife boleh tolong kawal nafsu membeli gadget saya ni *ehem2* 

Khairul

1 comment:

Anonymous said...

paling setuju part yg bergaya tuh. especially remaja skrg.

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antarakamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di Akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari ALLAH sertakeredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yangmenipu.(Al Hadid: 20)