Makcik : Kenapa adik nangis ni?
Akmal : Benci
la semua orang. Mak marah saya, ayah pukul saya. Abang akak semua buli saya
Kawan-kawan
pun sama!
Makcik : Adik
buat apa sampai mak ayah marah?
Akmal : Abang
akak buat boleh, bila saya buat mak ayah marah. Diorang memang tak sayang
saya!!!
Makcik : Adik rasa
diorang tak suka adik? Tak sayang adik?
Akmal : *angguk*
Makcik : Mesti mak ayah ada sebab kenapa
mereka marah. Adik marah kat diorang?
Akmal : *angguk perlahan*
Makcik : Tak boleh la macam tu~ Adik tak
suka orang marah adik, lepas tu adik nak marah kat
diorang. Nanti semua orang
pun nangis la.
Akmal : *mengesat air mata*
Makcik : Kita tak boleh kawal perasaan
orang lain pada kita, tapi apa yang ada dalam kawalan kita? Kita boleh sayang
orang tak kira kita rasa dia suka kita atau tak. *senyum*
Akmal : Tak aci la macam tu.
Makcik : Siapa
kata sayang orang tak aci? Orang yang buat jahat la tak aci.
Akmal : Kat sekolah cikgu ajar buat baik dibalas
baik, buat jahat dibalas jahat.
Makcik : Kita orang Islam buat baik dapat
pahala buat jahat dapat dosa. Pahala dosa siapa bagi, mak ayah ke? Abang
akak ke? Orang lain ke? Tuhan yang bagi kan~ Balasan tu kita serah pada tuhan. Yang kita tahu buat baik dapat pahala, jadi
kita terus je buat baik kat orang.
Akmal : *Beransur tenang*
Makcik : Makcik nak adik sampai bila-bila
pun, tak kira orang tu buat adik sedih ke.. gembira ke..
adik akan balas dengan
perbuatan baik, perasaan yang baik. Boleh?
Budak : *Angguk*
Makcik : Hari ni tak payah ngaji buka
Quran, Makcik nak dengar adik baca Fatihah sekali dengan
makna. Nanti balik
rumah, minta maaf dengan mak ayah, sayang semua orang. *senyum*
Khairul
No comments:
Post a Comment