Wednesday, December 28, 2011

Wira dan Putri (11)

Wira:

Fikiran Wira melayang mengenangkan persitiwa 8 tahun lalu. Wira bersama-sama dengan dua orang lelaki berhenti di sebuah gerai kecil yang menjual burger Ramly bersebelahan dengan stesen petrol. Kelihatan peniaga kecil itu sibuk melayan pesanan yang banyak. Dua orang lelaki yang datang bersama Wira memandang satu sama lain sambil mengangguk kepala. Wira membuat pesanan, satu burger ayam special, satu burger unta special dan satu hotdog ayam special kesemuanya dengan sos istimewa. Sementara menunggu pesanan, Wira singgah ke kedai serbaneka yang berdekatan untuk membeli minuman dua orang sahabatnya itu hanya menunggu di gerai burger tersebut.

Seketika kemudian, semakin ramai pengunjung yang datang ke gerai kecil itu. Pelbagai kaum yang singgah membuat pesanan di gerai tersebut dan tidak kurang juga kanak-kanak yang baru datang daripada masjid setelah selesai solat Isya’. Terdapat beberapa bangku plastik yang disediakan untuk pelanggan. Sambil menikmati hidangan burger, Wira berbincang beberapa perkara dengan dua orang sahabatnya itu. Sebelum pulang, Wira menyerahkan kad bisnesnya kepada pengurus gerai tersebut.

Keesokkan harinya, Wira bersama dengan dua orang rakannya yang lain makan tengah hari di sebuah restoran Indonesia. Sesampainya mereka di sana, seorang lelaki dalam lingkungan 20an sedang menunggu dengan minuman yang sudah tersedia.

“Assalamualaikum. Saya Wira yang semalam datang dengan 2 orang lelaki tu. Yang ini kawan saya Adi Putra dan Iskandar.”
“Saya Irfan.” Mereka semua bersalaman.

Sambil menikmati makan tengah hari ayam penyet dan minuman jus buah-buahan, mereka berbual-bual ringan. Bertanya tentang latar belakang dan pekerjaan masing-masing. Daripada bibit perbualan mereka, Irfan menyatakan bahawa dia bekerja di sebuah syarikat komputer pada sebelah paginya dan pada sebelah malam dia akan berniaga menjual burger. Irfan menyatakan bahawa dia baru sahaja selesai pengajian diplomanya setahun yang lepas. Selesai dengan juadah utama, Wira memesan buah potong sebagai pencuci mulut, kemudian Wira mula menyuarakan tujuan sebenarnya berjumpa dengan Irfan,

            “Sebenarnya saya dengan rakan saya ni ada business proposal untuk awak Irfan.”

Irfan terkejut mendengar tawaran yang baru didengarnya itu tetapi dia masih tidak berkata apa-apa, mununggu Wira untuk memberikan penjelasan yang seterusnya.


Putri : 

Sekembalinya dari percutian, Putri mendapat berita daripada sahabatnya Seri tentang perihal Wira yang akan berangkat ke Paris pada minggu hadapan. Pada mulanya, dia berasa agak terkilan dengan Wira kerana tidak memberitahunya sendiri tentang berita itu. Malam itu dia menghantar pesanan ringkas kepada Wira.

          Putri : Salam. Ada orang tu nak pergi Paris tak cakap kat kita pun. =(
          Wira : Salam. I have already tried to call you, tapi tak dapat.
          Putri : Mana ada. Tak dapat apa2 call pun. Nombor mana Wira pakai ?
          Wira : Wira mana ada nombor lain, nombor yang Putri bagi tu la. 016
          Putri : Eh ? Wira tak ada nombor Putri yang lagi satu ke, 017 ?
          Wira : Tak ada bagi pun. Owh macam ni la. Salah dia, lepas tu nak merajuk dengan orang.
          Putri : Hehe, sorry~
          Wira : Putri tengah buat apa ? Wira nak call boleh ?

Mereka bersembang panjang pada malam itu. Putri bercerita tentang percutiannya bersama keluarga di Langkawi, tempat-tempat menarik yang dikunjunginya dan bermacam-macam lagi. Putri memang seorang yang gemar bercerita, dan dia akan bertambah rancak bercerita apabila Wira yang menjadi pendengarnya. Wira pula bercerita tentang segala persiapan yang telah dibuatnya untuk ke Paris. Satu ketika mereka akan terdiam seketika, tidak tahu apa yang ingin dibicarakan lagi. Kemudian Putri bersuara,

“Wira, Putri nak tanya sikit. Putri minat dekat satu orang ni, tapi tak tahu nak buat macam mana. Wira fahamkan, Putri ni perempuan.”
“Kalau Wira dekat tempat Putri, Wira akan cakap terus terang dekat orang tu. There’s nothing wrong with girl to say to a guy that she likes him. But make sure you know him well and you can trust him.”
“Macam mana kalau Putri kata orang tu Wira.”

Pada ketika itu, jantung Putri berdebar-debar menunggu jawapan daripada Wira.

Khairul

No comments: