Thursday, December 15, 2011

Pandangan Rakyat Marhaen

Nak dekat penghujung tahun ni, macam-macam cerita keluar dalam berita. Yang paling hangat mestilah pasal pilihan raya umum yang mungkin akan diadakan pada tahun depan. Bila nak hampir dengan kampen pilihan raya nanti, mulalah kita dengar cerita macam-macam pasal ahli politik, pasal kes DSAI, pasal AUKU, yang paling hangat untuk pilihan raya depan mungkin pasal HUDUD. Kenapa tak ada orang nak buat majalah “Gossip Politik” ea? Mesti dapat sambutan hangat, orang muda suka dengar gossip, yang tua suka cakap pasal politik. Kita combine dedua tu jadi satu niche market amacam? Apapun nasihat saya, buatlah pilihan yang bijak untuk pilihan raya akan datang. Nak pilih wakil rakyat yang suka ber’drama’ atau yang boleh buat kerja. Kalau yang ber’drama’ yang kita pilih maka negara kita pun penuh la dengan drama-drama, kalau yang jenis buat kerja kita pilih insyaAllah majulah negara kita. Pandai cakap kerja jalan (bagus), senyap tapi kerja jalan (boleh terima), senyap kerja pun tak jalan (tak payah undi), mulut bising kerja tak jalan (kita tendang laju-laju).

Hari ini saya terbaca satu berita pasal seorang ibu tunggal yang bersalah kerana mencuri. Nak kata akak ni jahat tak boleh juga, sebab kita pun tak tahu mungkin dia dah terlampau terdesak. Memangla mencuri tu salah, tapi jangan kita senang-senang labelkan orang ni jahat mungkin dia ada sebab yang tersendiri. Saya rasa dekat sinilah peranan Pihak Pengurusan Zakat untuk menjalankan siasatan. Kalau kita guna common sense, mereka yang layak untuk menerima wang zakat ni pun ada perasaan malu. Sedangkan kita nak minta tolong sedara-mara pun malu inikan pula orang asing. Selain menuggu aduan, kita pun kena la mencari inisiatif lain. Lepas tu ada juga dalam satu ruangan surat daripada pembaca dimana seorang muallaf datang ke pusat zakat untuk meminta bantuan, punyalah banyak birokrasi sampai saudara baru tu sudah putus asa dengan orang yang menguruskan. Jujur saya katakan, sedih rasa bila terbaca berita macam ni.

Tengah duduk termenung fikir macam mana kita boleh bantu ibu tunggal dan anak yatim, tetiba saya teringat satu idea daripada seorang peserta semasa Kem SEMPOI 2011 2 bulan yang lepas. Saya rasa idea beliau sangat menarik dan boleh dipraktikkan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh pertimbangkan cadangan ini. Kita kan ada rumah untuk warga emas dan juga rumah untuk anak-anak yatim yang berasingan. Kenapa tidak jika kita buat satu rumah sahaja untuk menempatkan warga emas dan anak-anak yatim ini? Warga emas yang duduk di pusat penjagaan pada hemat saya mungkin kesunyian kerana jarang menerima kunjungan daripada anak-anak mereka, jadi jika ada kanak-kanak bersama sedikit sebanyak mungkin akan terubat sedikit kesunyian mereka. Untuk anak-anak yatim pula, mereka juga memerlukan kasih sayang daripada orang tua, datuk dan nenek. Perkara ini dapat kita lihat sebagai synergism atau mutualism, dihujungnya kedua-dua pihak akan bahagia. Happily ever after. Sekadar berkongsi sedikit certita dan pandangan seposen saya.

"Sama-sama ambil iktibar daripada perkara yang berlaku di sekeliling kita"

Khairul

1 comment:

A.KHAIRUL said...

artikel daripada surat khabar online.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/bicara-isnin-sinar-institusi-islam-tidak-proaktif-bantu-oku-1.76190