Wednesday, December 28, 2011

Wira dan Putri (11)

Wira:

Fikiran Wira melayang mengenangkan persitiwa 8 tahun lalu. Wira bersama-sama dengan dua orang lelaki berhenti di sebuah gerai kecil yang menjual burger Ramly bersebelahan dengan stesen petrol. Kelihatan peniaga kecil itu sibuk melayan pesanan yang banyak. Dua orang lelaki yang datang bersama Wira memandang satu sama lain sambil mengangguk kepala. Wira membuat pesanan, satu burger ayam special, satu burger unta special dan satu hotdog ayam special kesemuanya dengan sos istimewa. Sementara menunggu pesanan, Wira singgah ke kedai serbaneka yang berdekatan untuk membeli minuman dua orang sahabatnya itu hanya menunggu di gerai burger tersebut.

Monday, December 26, 2011

The Book and The Ring

This month I went online shopping and bought two things. The first one is THE IDEA BOOK written by Fredrik Hären. Actually my sister was the one who suggested me to buy this book. I find this book very interesting because it has 150 printed pages about creative thinking, and 150 blank pages for you to write your own idea. In other words it is a motivational book + note book, 2 in 1.



The second item that I bought, and had just arrived today is The One Ring from the movie Lord of the Ring. It’s not the actual replica of The Ring, but it has the same inscription on it like the one that you see in the film. Having the ring in my possession, makes me want to start collecting movies memorabilia. What!? Am I not allowed to have hobby? Next, I’m gonna get the Star Wars Force FX lightsaber and Harry Potter wand. *peace*

Khairul

Sunday, December 25, 2011

Movies Pick of The Month (13)



Two movies that i watched recently: Fast Five and Warrior
Rating: 4/5
Comment: tough guys with kind heart. Well of course they have 2 different storyline, nevertheless these two movies are great. Tough guy out there, you better watch out because these films can make you cry. *smile*

Khairul


Thursday, December 22, 2011

Jom Lepak Membaca

Saya masa kecik dulu, paling tak faham kenapa la orang suka sangat tengok berita di TV pukul 8.00 malam. Sebab biasanya bila balik kampong, saya akan bawa game PS sebab nak main dengan sepupu semua. Tengah-tengah seronok main, tetiba datang Pak Cik saya okay okay tutup jap, orang nak tengok berita.” Dengan perasaan kecewa dan ingin memberontak tapi takut (sekolah rendah lagi masa tu) kami pun buat kerja lain. Masa sekolah rendah memang anti-berita *sengih*. Ada orang pernah tanya, apa yang saya biasa buat pada waktu pagi bila berada di rumah. Kalau anda tanya soalan ni 5 tahun lepas, saya pasti akan jawab “main video games” tetapi sekarang jawapan akan saya bagi adalah “baca berita”. Sesetengah orang memang jarang dan ada juga yang tak suka baca berita. Alasan yang biasa saya dengar, “aku malas la nak pergi beli surat khabar”. Okay takpa, sekarang kan dah canggih semua orang boleh dapat akses Wifi, boleh baca daripada internet apa? ”aku malas la nak baca berita panjang-panjang.” Alasan pertama: Malas membaca.“biarlah apa jadi kat tempat lain, tempat kita selamat je.” Alasan kedua: Bukan bidang kita. Macam mana nak jadikan membaca ni habit ea?

Sejarah saya mula minat untuk membaca bermula daripada komik Anak-anak Sidek, Doraemon kemudian Mutiara Naga dan bermacam-macam komik lain apabila masuk SDAR. Masa di SDAR lah saya mula membaca New Straits Times (sebab setiap kelas dapat satu) dan Reader’s Digest (sebab set teacher selalu bawa masuk dalam kelas). Mula-mula membaca tu macam terpaksa sebab nanti mudah untuk buat karangan BM, essay English dan of course essay EST, tetapi sampai suatu tahap dia akan jadi macam suatu habit tanpa kita sedar. Kita akan jadi nak tahu apa perkembangan baru dunia. Perkembangan yang saya maksudkan di sini bukan hanya perkembangan politik atau gossip artis sahaja tetapi tentang perkara lain seperti kemahiran baru yang boleh kita pelajari, info tentang kesihatan, penemuan baru dalam sains dan sebagainya. Siapa tahu dalam keadaan terdesak, maklumat daripada masa lepak membaca ni yang boleh bantu kita, kata orang tua-tua sediakan payung sebelum hujan.

Secara peribadi saya membaca sekadar untuk mengisi masa sementara menunggu suatu perkara. Jika saya pergi menonton wayang seorang diri, kebiasaannya selepas membeli tiket wayang saya akan singgah ke kedai buku untuk mencari bahan bacaaan yang ringan, sebab pada saya itu lebih baik daripada kita “tawaf” satu shopping mall berulang kali dan tak beli apa-apa pun. Membazir tenaga, membazir masa. Sekurang-kurangnya kalau membaca dalam 30 minit tu adalah juga maklumat yang kita dapat. Kalau nak membeli buku semasa menunggu tu, cadangan saya belilah buku yang di luar bidang anda. Disamping meluaskan pengetahuan, membaca sesuatu yang diluar bidang kita kadangkala dapat memberi inspirasi dalam kehidupan seharian kita. Cubalah!!

“Buy a book you did not even know exist. Then sit down with a cup of hot chocolate to read them and be inspired” –Fredrik Haren-

Mungkin akan ada orang kata, “beli buku banyak-banyak tapi tak habis baca buat apa!?”. Ada orang yang suka beli buku banyak-banyak dan tempatkan semua buku itu dalam mini library di rumah. Sekurang-kurangnya bila mereka terasa ingin membaca, mereka senang untuk mendapatkannya. Ada pula orang yang lebih selesa membeli satu buku, membacanya sehingga habis dan kemudian barulah dia akan membeli buku baru. Terpulang kepada individu asalkan kita membaca. Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah untuk menggalakkan diri kita supaya rajin membaca, jadikan membaca itu sebagai satu budaya kita. Jadilah manusia yang berilmu, bukan kerana ingin mendapat pengiktirafan orang lain, tetapi kerana itu tanggungjawab kita kepada Tuhan yang mencipta kita. Apa yang paling penting adalah untuk memanfaatkan apa yang kita baca dengan berkongsi dengan keluarga, kawan-kawan, dan anak-anak.

“Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari

ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang

yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal

ia masih mahu menambahkannya.” –Lukmanul Hakim-

Khairul

Thursday, December 15, 2011

Pandangan Rakyat Marhaen

Nak dekat penghujung tahun ni, macam-macam cerita keluar dalam berita. Yang paling hangat mestilah pasal pilihan raya umum yang mungkin akan diadakan pada tahun depan. Bila nak hampir dengan kampen pilihan raya nanti, mulalah kita dengar cerita macam-macam pasal ahli politik, pasal kes DSAI, pasal AUKU, yang paling hangat untuk pilihan raya depan mungkin pasal HUDUD. Kenapa tak ada orang nak buat majalah “Gossip Politik” ea? Mesti dapat sambutan hangat, orang muda suka dengar gossip, yang tua suka cakap pasal politik. Kita combine dedua tu jadi satu niche market amacam? Apapun nasihat saya, buatlah pilihan yang bijak untuk pilihan raya akan datang. Nak pilih wakil rakyat yang suka ber’drama’ atau yang boleh buat kerja. Kalau yang ber’drama’ yang kita pilih maka negara kita pun penuh la dengan drama-drama, kalau yang jenis buat kerja kita pilih insyaAllah majulah negara kita. Pandai cakap kerja jalan (bagus), senyap tapi kerja jalan (boleh terima), senyap kerja pun tak jalan (tak payah undi), mulut bising kerja tak jalan (kita tendang laju-laju).

Hari ini saya terbaca satu berita pasal seorang ibu tunggal yang bersalah kerana mencuri. Nak kata akak ni jahat tak boleh juga, sebab kita pun tak tahu mungkin dia dah terlampau terdesak. Memangla mencuri tu salah, tapi jangan kita senang-senang labelkan orang ni jahat mungkin dia ada sebab yang tersendiri. Saya rasa dekat sinilah peranan Pihak Pengurusan Zakat untuk menjalankan siasatan. Kalau kita guna common sense, mereka yang layak untuk menerima wang zakat ni pun ada perasaan malu. Sedangkan kita nak minta tolong sedara-mara pun malu inikan pula orang asing. Selain menuggu aduan, kita pun kena la mencari inisiatif lain. Lepas tu ada juga dalam satu ruangan surat daripada pembaca dimana seorang muallaf datang ke pusat zakat untuk meminta bantuan, punyalah banyak birokrasi sampai saudara baru tu sudah putus asa dengan orang yang menguruskan. Jujur saya katakan, sedih rasa bila terbaca berita macam ni.

Tengah duduk termenung fikir macam mana kita boleh bantu ibu tunggal dan anak yatim, tetiba saya teringat satu idea daripada seorang peserta semasa Kem SEMPOI 2011 2 bulan yang lepas. Saya rasa idea beliau sangat menarik dan boleh dipraktikkan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh pertimbangkan cadangan ini. Kita kan ada rumah untuk warga emas dan juga rumah untuk anak-anak yatim yang berasingan. Kenapa tidak jika kita buat satu rumah sahaja untuk menempatkan warga emas dan anak-anak yatim ini? Warga emas yang duduk di pusat penjagaan pada hemat saya mungkin kesunyian kerana jarang menerima kunjungan daripada anak-anak mereka, jadi jika ada kanak-kanak bersama sedikit sebanyak mungkin akan terubat sedikit kesunyian mereka. Untuk anak-anak yatim pula, mereka juga memerlukan kasih sayang daripada orang tua, datuk dan nenek. Perkara ini dapat kita lihat sebagai synergism atau mutualism, dihujungnya kedua-dua pihak akan bahagia. Happily ever after. Sekadar berkongsi sedikit certita dan pandangan seposen saya.

"Sama-sama ambil iktibar daripada perkara yang berlaku di sekeliling kita"

Khairul

Monday, December 12, 2011

India Chapter: Part 7 (LEGENDA 2011)

Last weekend 10 December 2011 there was a big event that took place at KMC Green, Manipal. It was LEGENDARY. Yup you read it right. It has been a tradition for MSAi Manipal Chapter to organize LEGENDA every year in the month of December. Again this year I help out with the backdrop design, t-shirt design, poster design, and souvenir design together with Jatmi. Since batch 25 and 26 will go back to Melaka next year, so last Saturday was our last Legenda here in Manipal. *sedih*

As usual Legenda is all about meeting Malaysian students around india, making new friends, watch the performance and of course enjoy the Malaysian cuisines prepared by the students. However this year I think the number of food stalls were less compared to last year, and the foods were all sold out very fast wey. Seriously!!! Sedap sangat ke sampai aku pun tak sempat beli apa-apa. *kecewa*

This year also me, Ghazi, SE, Asri and Naurah had performed a “few” songs like Rising Spirit (Naruto theme), Bagaikan Puteri (Farra), Just a Kiss (Lady Antebellum), That Thing You Do (The Wonders), Gadis Ayu (Black Dog Bones) and Jikakau Bercinta Lagi (Flop Poppy). Kitorang practice almost every night kot 2 weeks before Legenda. Bila dah habis performed malam tu, rasa puas sangat-sangat. *seronok*

Thank you to everyone who had involved in this big event for your hard work and time. Untuk tetamu-tetamu Legenda 2011 terima kasih juga kerana turut sama memeriahkan majlis pada malam itu. Segala kurang lebih yang ada pada majlis malam itu, kami daripada MMMC mohon maaf. Semoga LEGENDA 2011 meninggalkan kenangan manis kepada kita semua.


Khairul

Wednesday, December 7, 2011

Sunday, December 4, 2011

A Reminder For Us Young Daie

I am grateful to have friends who have always keep reminding each other about Islam, and encourage us to do amar makruf nahi munkar. You don’t have to be Ustaz, Ulama’, Imam or Bilal to tell others to do good deeds. There’s a hadeeth that said,

“Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat”

As someone who has very little knowledge about Arabic language, hadeeth and the meaning of Quran, I am trying my best to understand and follow the teaching in the Holy Quran and hadeeth. Whenever I have questions regarding Islam, I asked my mom to ask the questions to any Ustaz that she knows and sometimes I do watch video ceramah from YouTube. You can find Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Hasrizal and also Dr. Zakir Naik. If there are things that can bring benefit to me and others I will share my knowledge with them. However if that thing is not Wajib (compulsory) or there’s a Khilaf about it, then I have no right to force others to follow what I believe.

The thing that we Muslims should know is, in the Holy Quran there are ayat mutasyabbihat (kurang jelas maksudnya atau mempunyai banyak erti) dan ayat muhkamat (jelas maksudnya). Examples of ayat muhkamat are those in the Quran that clearly explains about halal, haram, hudud etc. Since ayat mutasyabbihat the meaning is unclear, they can raise a lot of questions. For me personally, I think it’s a good thing to have a discussion about ayat mutasyabbihat, because through usrah and discussion we can look into the matter from different point of view. That way InsyaAllah we can understand the ayat better.

The problem with some of us is, we are being narrow-minded *pardon me*. We only stick with one opinion while there are many other opinions. And the worst thing is, we try to influence others to follow us. The analogy is like this, a student asked his teacher a question and the teacher couldn’t answer it or maybe malas nak fikir *pardon me again*. Instead of saying “I don’t know the answer,” he told his student “you shouldn’t think too much.” Yes there are things that only Allah knows the answer, but Islam never forbid us from thinking. As a matter of fact there are many verses in the Quran that encourage us to think. We must start using our brain to think deeply, to help the ummah moving forwards and triumph great achievement.

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Quran 38:29)

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.” (Quran 12:111)

Kekadang ada orang niatnya baik nak ajak kawan kearah kebaikkan, tetapi caranya lebih kepada mengongkong. Akibat tersalah cara dan kurang common-sense/hikmah ini lah yang menyebabkan, orang lain terutamanya yang bukan Muslim melihat Islam dengan satu pandangan yang negative. Sebagai contoh beriadah bermain bowling bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan tidak salah, berkelah tidak salah, bercakap dengan bukan mahram tidak salah tetapi perlulah mengikut garis panduan yang diajar dalam islam. Islam tidak pernah mengongkong nafsu manusia, malah sentiasa memberi jalan penyelesaian yang terbaik. Salah satu contoh adalah perkahwinan. Satu perkara kita harus sentiasa ingat, Islam bukanlah agama paksaan. Tiada paksaan sama ada ke atas Muslim dan Non-Muslim. Tanggungjawab kita adalah untuk mengajak manusia ke arah kebaikkan, selebihnya terserah kepada ALLAH untuk membuka pintu hati mereka.

We can say, “I don’t care what other people say, Allah knows my intention.” Yes, it is true that we have a good intention, but if it hurts other people feelings macam mana? HabluminAllah wahabluminannas. If there is a chance for us to improve ourselves so that our work of dakwah can be improved why don’t we give it a try? My fellow Muslim brothers and sisters kalau kita boleh menegur orang, kita pun perlu bersedia menerima teguran, so let us change together and be a better Muslim for Islam. Salam Maal Hijrah.

“Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah daripadanya.” –Confucius-

Khairul