Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Malaya: Pengulas Sukan Tak Rasmi

Tahniah kepada pasukan Harimau Muda negara kerana berjaya mempertahankan pingat emas sukan SEA bagi acara bola sepak selama tiga tahun berturut-turut. Penulis hanya berkesempatan meluangkan masa beberapa minit sahaja menyaksikan perlawanan pada separuh masa pertama. Selebihnya hanya mendengar dan membaca komen-komen daripada pengulas tidak rasmi di laman-laman sosial. #ifyouknowwhatimean

Penulis bukanlah peminat fanatik sukan bola sepak, sekadar menganggap ia sebagai satu sukan yang sangat entertaining untuk ditonton. Orang lain nak jadi die-hard-fan itu terpulang atas pilihan masing-masing. Penulis tak kisah pun sebab kadang-kadang penulis pun terjerit-jerit bila tengok bola. Tapi bukan jerit memaki hamun.

Ni yang penulis nak kongsi sikit kat sini. Perlu ke nak beremosi sangat dengan pemain tu kalau dia ada buat salah. Kalau kita nak komen biar berpada-pada dan sopan "sikit-sikit sudah la der~". Kekadang kita ni cepat sangat melatah, orang buat silap je habis kita kondem, padahal dia ada juga berjasa kepada pasukan tapi benda buruk juga kita nak highlight. Penulis pun kadang-kadang ada terlepas juga sepatah dua komen yang boleh menyebabkan telinga bernanah, tapi bila dah sedar tu cepat-cepat la berhenti. Kalau kita sendiri perasan cara kita bagi komen tu kadang-kadang bunyi macam bongkak, jadi diri sendiri pun kena muhasabbah.

Tak ada faedah mana pun duk memaki hamun orang. Nak kata dapat pahala tak juga, tambah dosa ada la kot. Lagi satu cuba bayangkan kalau satu keluarga duduk tengok bola sama-sama lepas tu Si Ayah, abang, akak semua keluar perkataan !#&*?. Nanti anak-anak yang kecik pun terikut-ikut perangai teruk tu. Bila dah jadi macam tu jangan salahkan ibu mengandung, salahkan diri sendiri tak pandai jaga mulut. Hari ni kita seronok maki hamun orang, nanti esok lusa bila kita kena macam mana? What goes around comes around. Peringatan untuk penulis yang bakal menjadi mangsa maki suatu hari nanti. Harap-harap tak la.

Penulis bukanlah atlet sekolah, tetapi kata-kata jurulatih pasukan kriket penulis pada tahun 2006 sentiasa menjadi pegangan, “awak menang ke, awak kalah saya tak kisah yang penting awak enjoy the game. Awak semua dah improve banyak daripada first day saya jumpa. Satu benda saya nak pesan, respect your opponent. Saya tak nak awak buat (pandang rendah/provoke) macam yang diorang buat. Itu bukan kriket. Kriket is a game for gentleman.” Itulah pesanan daripada bekas pemain kriket kebangsaan dan kata-katanya itu telah mendorong pasukan kami untuk mendapat gangsa dalam Kejohanan Kriket SBP Kebangsaan tahun 2006. Thank you Coach Zaki.

Khairul

No comments: