Sunday, September 26, 2010

Dari Otak Yang Begini

Tengah duduk-duduk dalam teksi, sambil tengok pembangunan yang ada di India, fizikal mahu pun pada aspek sikap masyarakatnya. Tiba-tiba teringat cerita daripada kawan-kawan yang belajar di Mesir. Orang sana dengan orang di sini (India) tak banyak beza. Dari segi sikap, cara bawak kereta, kebersihan.

Dulu India dengan Mesir boleh dikatakan tempat Islam mula-mula tersebar. Mubaligh-mubaligh dari India suatu ketika dahulu turut memainkan peranan penting dalam menyampaikan dakwah di Tanah Melayu. Tapi setelah beberapa abad berlalu Islam itu tidak berapa kelihatan di India dan Mesir.

Menyingkap kembali sejarah, Mesir dan India dahulu pernah dijajah kuasa barat, begitu juga Indonesia dan negara kita Malaysia. Timbul persoalan dalam fikiran saya, adakah kesan daripada penjajahan itu yang menyebabkan nilai ajaran Islam itu dihapuskan oleh penjajah? Atau pun itu memang sudah menjadi tujuan asal mereka dari awal, melenyapkan nilai-nilai Islam di kawasan yang menjadi pusat tumpuan umat manusia untuk mengenal Islam dan berselindung disebalik tujuan ‘memburu’ hasil pribumi.

Tanah Melayu suatu ketika dahulu juga pernah dijajah kuasa barat, tapi dari segi nilai akhlak sukar untuk saya bandingkan dengan suasana di India dan Mesir. Kebimbangan itu tetap ada berdasarkan keadaan semasa yang berlaku di negara sekarang. Di Malaysia kita mungkin tidak nampak orang ‘buang air’ merata-rata, horn kereta dibunyikan sesuka hati, tapi kita boleh baca kes buang anak di media arus perdana hampir setiap hari. Dimanakah tahap ketamadunan kita?

Dari otak yang begini, saya melihat ia sebagai petunjuk bahawa apabila kita meninggalkan nilai-nilai ajaran Islam atau mengambil sebahagian daripadanya sahaja, itulah yang akan terjadi. La ni, Muslim seluruh dunia rata-ratanya mengutamakan ibadat khusus, tetapi yang umum di pandang sebelah mata. Di dunia barat pula mereka hanya ‘mengambil’ ibadat umum sahaja. Apa beza seorang Muslim dengan bukan Muslim jika dia hanya amalkan separuh ajaran agama. Sama-sama muhasabbah diri.

p/s: paan aku pinjam title blog kau lagi =)

Khairul

No comments: