Thursday, September 30, 2010

Old House New Look







There's only one place in the world where you can find people waiting for you every second in their life. Here in my home. "Rumahku Syurgaku" to make it a reality every single person in the family should play his/her role.

p/s: kontraktor Melayu yang buat, banyak pengalaman dan pakar kayu. Katanya dia yang decorate Balai Seni Islam di Muzium Shah Alam. Promote yop!!!

Khairul

Sunday, September 26, 2010

Dari Otak Yang Begini

Tengah duduk-duduk dalam teksi, sambil tengok pembangunan yang ada di India, fizikal mahu pun pada aspek sikap masyarakatnya. Tiba-tiba teringat cerita daripada kawan-kawan yang belajar di Mesir. Orang sana dengan orang di sini (India) tak banyak beza. Dari segi sikap, cara bawak kereta, kebersihan.

Dulu India dengan Mesir boleh dikatakan tempat Islam mula-mula tersebar. Mubaligh-mubaligh dari India suatu ketika dahulu turut memainkan peranan penting dalam menyampaikan dakwah di Tanah Melayu. Tapi setelah beberapa abad berlalu Islam itu tidak berapa kelihatan di India dan Mesir.

Menyingkap kembali sejarah, Mesir dan India dahulu pernah dijajah kuasa barat, begitu juga Indonesia dan negara kita Malaysia. Timbul persoalan dalam fikiran saya, adakah kesan daripada penjajahan itu yang menyebabkan nilai ajaran Islam itu dihapuskan oleh penjajah? Atau pun itu memang sudah menjadi tujuan asal mereka dari awal, melenyapkan nilai-nilai Islam di kawasan yang menjadi pusat tumpuan umat manusia untuk mengenal Islam dan berselindung disebalik tujuan ‘memburu’ hasil pribumi.

Tanah Melayu suatu ketika dahulu juga pernah dijajah kuasa barat, tapi dari segi nilai akhlak sukar untuk saya bandingkan dengan suasana di India dan Mesir. Kebimbangan itu tetap ada berdasarkan keadaan semasa yang berlaku di negara sekarang. Di Malaysia kita mungkin tidak nampak orang ‘buang air’ merata-rata, horn kereta dibunyikan sesuka hati, tapi kita boleh baca kes buang anak di media arus perdana hampir setiap hari. Dimanakah tahap ketamadunan kita?

Dari otak yang begini, saya melihat ia sebagai petunjuk bahawa apabila kita meninggalkan nilai-nilai ajaran Islam atau mengambil sebahagian daripadanya sahaja, itulah yang akan terjadi. La ni, Muslim seluruh dunia rata-ratanya mengutamakan ibadat khusus, tetapi yang umum di pandang sebelah mata. Di dunia barat pula mereka hanya ‘mengambil’ ibadat umum sahaja. Apa beza seorang Muslim dengan bukan Muslim jika dia hanya amalkan separuh ajaran agama. Sama-sama muhasabbah diri.

p/s: paan aku pinjam title blog kau lagi =)

Khairul

Wednesday, September 22, 2010

First Year Breaks Activities

Well not much to say. Actually I have planned with my friends to go to Tioman, but then I think it is better for us to konvoi beraya to friend houses so we decide to postpone the trip next year. First 2 weeks at home, I helped my mom and dad to clean the house and it went on until malam raya... seriously!!!

Third week in JB, I went to JUSCO tebrau on my own. That day I decided to watch Resident Evil: Afterlife 3D but it was fully booked, so my luck was on the 2D film. At home I spent most of my time playing games, read some not-related-to-medic books, watching TV. You know, things that I can hardly do in India because most of the times I just lock myself in the room, reading and staring at the laptop screen.

I’ve had already eat rojak Singapore@ rojak asma, mee rebus, sea foods, steamboot, KFC, McDonald’s, Domino’s Pizza, and all type of rendangs. =D

Foods > checked

Bowling > checked

Movie > checked

Books > checked

Family > checked

Friends > checked

Hope you guys have a splendid and wonderful time with your family and friends in this festive season. Au’revoir

Khairul

Monday, September 20, 2010

CHERITA raya

Post kali ini, aku nak cherita pasal pengalaman raya tahun ni. Seronok danhappening!!!Walaupun malam raya tak ada kat kampung, tapi kita orang satu family still dapat balik kampung Majidee (sebelah mak) dan Segamat (sebelah abah). Memang puas la makan masak rending ketupat semua al-maklum la tahun lepas raya ala kadar je.

Adat la bila orang belajar jauh balik beraya semua orang tanya “macam mana dekat sana?”. Bila orang tanya macam tu, aku pun tak tahu sangat nak cakap apa. Sebab nak cherita pasal cuaca, dekat tempat aku belajar tu lebih kurang macam Malaysia. Pasal makanan dekat India memang tak susah nak cari yang halal. Lepas tu ada la aku cherita-cherita pengalaman masa traveldalam India hari tu. Kalau yang kurang ‘enak’ dekat India pun aku cuma cakap driver dekat sana semua memang berani mati dan pasal ‘public toilet’ diorang. *hehehe*


Tahun ni Alhamdulillah aku berkesempatan nak berjalan raya dengan kawan-kawan sekolah rendah dan matrik johor yang memang lama tak jumpa. Ada beberapa hari tu memang aku tak dapat join kawan-kawan sekolah rendah aku nak pergi beraya sebab sebelah paginya dah janji nak jumpa kawan-kawan matrik. Masa ni la aku sedar tentang pentingnya prioritize and decision making. Bila ada clash date dgn rancangan lain, nak jaga hati semua orang bukan senang. So aku cakap dengan kawan sekolah rendah aku, aku akan beraya dengan diorang sebelah malamnya, sebab niat asal memang nak berjumpa dengan kawan lama pun jadi still dapat jumpa diorang la walaupun tak dapat berkonvoi sama-sama.


“niat asal memang nak berjumpa dengan kawan lama”

Raya ke-9 punya cherita. Selamat sudah kakak aku bertunang. Majlis pada hari tu pun berjalan lancer dan memang meriah macam kenduri kahwin pun ada. *sengih* Aku pula jadi tukang ambil gambar dengan ‘camera besar’. Belajar-belajar sikit cara nak guna, tapi nak bawa ke India tak dapat kot. Petangnya ada open house pula. Tersangat la ramai orang yang datang sampai tak menang tangan. Kawan-kawan dari sekolah rendah dgn 10 kereta, kawan matrik pun ada, kawan sama universiti pun datang. Bila ada peluang jumpa kawan-kawan macam ni memang seronok, Cuma satu la yang sedikit terkilan. Raya kali ni tak sempat nak jumpa kawan-kawan SDAR. InsyaAllah tahun depan aku balik, aku jumpa korang. Untuk kawan-kawan yang sempat beraya bersama-sama tahun ni terima kasih banyak-banyak. Kurang lebih mana-mana aku wakil kawan-kawan lain minta ampun maaf. Jumpa lagi trip ke tioman nanti. =)

Khairul

Monday, September 13, 2010

Salam Syawal 1431H




Saya mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiti. Saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, mahupun terguris hati mana-mana pihak sepanjang pengenalan anda bersama saya. Minta dihalalkan makan minum. Bagi pihak saya insyaAllah tiada perasaan dendam yang disimpan, semuanya saya maafkan dan lupakan. Mohon doa ibu bapa, keluarga, guru-guru dan rakan bagi mengiring perjuangan saya dan rakan-rakan dalam medan jihad menuntut ilmu.

"Minal 'Aidin wal-Faizin"

Khairul


Tuesday, September 7, 2010

Reunion | Futsal | Birthday

Lepas setahun tak balik Malaysia, tak ada la banyak sangat yang berubah kat bumi JOHOR ni. Rumah aku je kot yang berubah banyak. I like =) Target aku balik kali ni memang nak makan puas-puas. Rojak Singapore dah, mee rebus dah, ada 3 minggu lagi untuk aku ‘melantak’ makanan Malaysia. Rindu yop!!!

Lepas tu beberapa hari lepas aku ada keluar berbuka dengan kawan-kawan masa sekolah rendah. Tak ada la ramai mana yang datang, dalam 14 orang ada. Meriah yop!! Almaklum lama tak jumpa, semua dah lain. Ada yang dulu paling tiinggi masa sekolah rendah lepas tu sekarang, alahai~ comelnya *senyum*.

Sambil-sambil makan tu borak-borak pasal life sekarang. Ada yang dah jadi pilot, ada yang dah jadi assistant manager, ada yang dah kerja, ada yang tengah buat praktikal, ada yang sibuk besarkan badan, yang paling aku bangga dengar ada seorang member aku ni dah ada business sendiri, pakai BMW sendiri !!! Wah~ I’m so proud of them.

Lama juga la ktorg duk sembang kat McD tu. Macam-macam cerita keluar. Cerita kena rotan, cerita gossip sekolah rendah, cerita tidur dalam kelas sampai air liur pun keluar!!! *erk* Masa aku beli air for the 2nd time, cashier McD tu tanya “lama lagi ke nak duk sini?” hahahaha.. 8.30pm baru ktorg blah.

Tak habis lagi. Malam tu pukul 11pm member ajak main futsal pula. Pergh lama tak main, tercungap-cungap aku. Pukul 1 pagi habis main, lepas tu pergi makan kedai mamak pula. Sambung cerita lagi sampai la pukul 4 pagi. Gila ‘kentang’ aku malam tu. Balik-balik tengok facebook,

WALAWEYYY, BIRTHDAY AKU SEH!!!

Aku memang betul-betul tak perasan. Memang first time la tak perasan birthday sendiri. Lepas Subuh, oleh sebab kepancitan yang teramat sangat, aku terbongkang tidur sampai la tengah hari. PENAT. Tapi apa-apa pun, aku seronok jumpa kawan-kawan lama dan hadiah birthday aku tahun ni adalah ‘DAPAT JUMPA DIA ORANG SEMUA’

Khairul

Wednesday, September 1, 2010

Cermin Diri


53 years of independence we can see lots of changes in Malaysia, physically. More and more new landscapes being developed on this sacred soil that was once known as Suvarna Bhumi. There’s nothing wrong with physical development, but we shouldn’t put aside maturity of attitude and thoughts. If you are the same age as me, after 21 years try to evaluate yourself do self reflection. Have you turn out to be a better person after all these years, or are you still the same person who got nothing to talk about with your friends other than gossiping about others and the one who just know how to talk crap.

As we grown older our attitude should also become more mature as well. For those who think that getting mature will turn you into a no-fun-person, that is total crap. Being matured you can still play video games, you can still play remote control cars, you can still hangout with your buddies and laugh your head off.

Maturity in thoughts in the sense that you yourself want to do something that will make your country and religion so proud of you. Being proud and talking about others achievement will do no good to you. One simple example, “sekolah aku tahun 200* dapat nombor 1 dalam PMR seluruh Malaysia”. So what!!?? That was last year. That was other’s batch story. You and your batch mates have to make your own story. Sampai bila nak berbangga dengan sejarah yang ada, sedangkan kita tak ada usaha nak ukir sejarah baru atau sekurang-kurangnya kekalkan prestasi yang ada.

Maturity in attitude is the most vital aspect in the process to produce great quality of leaders that can do good and bring prosperity to his religion, country and people.

All the years that we’ve been carrying it and reading it every day,

We got so caught up with keeping it safe; we forgot to live by what we learned from it,

And what’s that?

Do for others more than you do for yourself”

Khairul