Post kali ini khas untuk semua insane yang bergelar Pendidik dan Ibu. Diwujudkan Hari Guru dan Hari Ibu bukanlah bermakna mereka hanya dikenang pada hari itu sahaja. Sumbangan dan pengorbanan mereka akan sentiasa berada dalam ingatan dan InsyaAllah akan diwariskan kepada generasi seterusnya. Hari istimewa ini adalah untuk kita, insan yang digelar ‘ANAK’ untuk memberi komitmen dan penghargaan secara khusus kepada mereka yang bergelar IBU dan PENDIDIK.
Sepertimana, umat ISLAM yang diwajibkan untuk mendirikan solat 5 waktu sehari semalam untuk mengingati Allah. Bukan maksudnya kita hanya mengingati Allah pada 5 waktu tersebut. Kita sentiasa mengingati Allah setiap masa cuma pada 5 waktu yang ditetapkan itu sangat istimewa nilainya, kerana pada waktu itu kita memberi komitmen yang sepenuhya untuk bertemu Sang Pencipta.
Ibu. Pendidik. Menjalankan tanggungjawab, amanah Tuhan tanpa berebelah bagi. Mendidik ANAK-ANAK menjadi insan berguna. Kerana kalian aku dapat membezakan baik dan buruk. Kerana kalian aku mendapat perlindungan pakaian dan tempat tinggal. Kerana kalian aku dapat membaca, mengira dan mengaji Al-Quran. Kerana kalian, aku mengenal dunia. Pesanan kalian akan aku ingat sentiasa.
Oh Ibu! Oh Pendidik! Kalian adalah insan yang sangat mulia. Keranamu IBU, aku dilahirkan di muka bumi ini. Keranamu PENDIDIK, aku menjadi insan yang berilmu. Kerana KALIAN, aku berada di mana aku berada sekarang. Sesungguhnya jasa kalian memang tidak dapat aku balas sampai bila-bila, hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan kalian. Doaku, agar kalian sentiasa berada dibawah naungan perlindungan Sang Pengasih, diberi tubuh badan yang sihat, diberi kekuatan dan keazaman untuk terus menabur bakti kepada ‘ANAK-ANAK’. Akhir kata, untuk emak tercinta, penididik yang pernah mengajarku di Tadika Matahari, SK Taman Rinting 1, Sekolah Agama Taman Rinting, Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Kolej Matrikulasi Johor, Kolej MARA Seremban, Melaka Manipal Medical College...
SELAMAT HARI IBU DAN HARI GURU
No comments:
Post a Comment