Sunday, May 17, 2015

INI AKU

AKU BUKAN SESIAPA
AKU BUKAN ORANG BERADA
AKU BUKAN ORANG BERHARTA

AKU DULU BEBAS
SENDIRIAN TAPI BEBAS
BEBAS UNTUK BERFIKIR
BEBAS DARIPADA DESAKAN
BEBAS DARIPADA LUAHAN
BEBAS MENGEJAR CITA-CITA

PERNAH KAU RASA 
TAMPARAN DIMUKA
PERNAH KAU RASA 
HENTAKAN DIKEPALA
PERNAH KAU RASA 
HIDUP DERITA

JANGAN BICARA SOAL SABAR 
JIKA KAU TAK PERNAH DIDUGA
JANGAN BICARA SOAL HARTA
JIKA MUDAH KAU PINTA PADA IBU BAPA
JANGAN BICARA PERIHAL MANUSIA
JIKA AKAL YANG ADA TIDAK KAU GUNA

AKU BUKAN MELEPASKAN AMARAH
AKU BUKAN MENGADU DOMBA
AKU MEMBERIKAN FAKTA
AGAR KAU SEMUA SEDAR

AKU BUKAN MENGEJAR NAMA
AKU BUKAN MENGEJAR HARTA
AKU BUKAN MENGEJAR WANG DUNIA
YANG HANYA MEMBUAT MANUSIA BUTA

BUTA MATA
BUTA TELINGA
BUTA JIWA
BUTA MINDA

ADAT BUDAYA
CIPTAAN MANUSIA
DIANGKAT DIPUJA
MELEBIHI TUNTUTAN AGAMA

SUDAH CUKUP DENGAN ADAT BUDAYA
YANG KU CARI HANYA BAHAGIA
BAHAGIA DUNIA
BAHAGIA SYURGA

AKU INGIN BEBAS KEMBALI
BEBAS MEMBUAT KEPUTUSAN SENDIRI
BEBAS DARIPADA SIKAP MEREKA YANG PENTING DIRI

BIARKAN AKU LALUI HIDUPKU
DENGAN CARA AKU
KERANA INI AKU

A.Khairul

Thursday, May 7, 2015

Mohon “Share”, Mohon Sebarkan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Untuk post kali ini, saya dengan rasa rendah diri ingin berkongsi pandangan peribadi tentang satu ‘trend’ baru dalam kalangan masyarakat dunia, terutama di Malaysia yang semakin menjadi-jadi. Saya pasti netizen sudah biasa dengan ayat-ayat seperti “mohon share”, “mohon sebarkan” dan sebagainya di dalam mana-mana laman social seperti facebook, twitter, dan whatsapp khususnya.

Pada peringkat awal saya melihat ‘trend’ ini sebagai satu perkara yang baik, kerana kita boleh berkongsi maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan dan ahli keluarga dengan cepat. Sebagai contoh, mungkin kita berkesempatan mengikuti mana-mana majlis ilmu, dan kemudian kita gunakan media social yang ada untuk berkongsi nota-nota yang telah kita ambil dalam majlis ilmu tersebut. Perkara seperti ini adalah sangat digalakkan. Contoh baik yang lain mungkin jika berlaku kemalangan atau kes-kes jenayah, kita boleh maklumkan kepada ahli keluarga kita supaya berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga. Kegunaan seperti ini adalah untuk kebaikkan dan keselamatan bersama, jadi tidak salah jika ia dikongsikan bersama.

Namun kini ‘trend’ “mohon share” “mohon sebarkan” ini semakin berleluasa sehingga mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan orang lain. Ditambah lagi dengan sikap masyarakat kita yang cepat melatah dan cepat menghukum, ini telah memburukkan lagi suasana dan mentaliti dalam kalangan masyarakat kita. Saya bukan mencadangkan kita supaya berdiam diri dan buat tak endah dengan berita yang kita terima, tetapi saya ingin mengajak kita supaya menggunakan akal yang dikurniakan Allah kepada kita untuk berfikir dahulu sebelum memberi komen dan menyebarkan berita itu kepada orang lain. Bukankah di dalam Al-Quran Allah ada mengajar kita supaya berkata yang baik-baik sahaja, dan jika sekiranya kita tidak ada perkara yang baik-baik untuk diperkatakan, maka berdiam itu adalah lebih baik. Allah berfirman di dalam surah An-Nisa: 83

Dan apabila sampai kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka langsung menyiarkannya. Padahal apabila mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya daripada mereka (Rasul dan Ulil Amri). Sekiranya bukan kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu akan mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja (di antara kamu)”