Saturday, January 31, 2015

Ini Cherita Aku: Cherita Dua

Lokasi: Melaka Sentral
Waktu: 3.40 PM

Saya tengah duduk menunggu bas, sambil tu saya guna la iPad untuk dengar lagu dan check inbox untuk sebarang kerja design baru. Waktu tu nak kata ramai sangat orang, tak ramai sangat la. Nak kata sikit orang pun tak juga, biasa-biasa je la. Sebelah saya ada satu keluarga 3 beranak tengah berbual-bual, sebab saya malas nak dengar perbualan orang lain, tu yang saya sumbat earphone dalam telinga dan dengar lagu.

Sedang-sedang saya sibuk tengok screen iPad, saya perasan ada seorang pakcik jalan perlahan-lahan depan saya. Jadi saya perhatikan la ke mana pakcik tu nak pergi. Dia berhenti dekat dengan keluarga 3 beranak tu. Dia ada cakap sesuatu kat diorang tapi diorang buat tak endah sahaja. Muka pakcik tu sedikit kecewa, jadi saya pun tanggalkan earphone dan tanya pakcik tu,

“Kenapa ya pakcik?”

“Pakcik nak tanya, surau kat mana?”

Owh nak ke surau rupanya pakcik tu, jadi saya pun cakap la kat mana surau dalam Melaka Sentral tu. Walaupun dah beritahu surau kat mana pakcik tadi masih macam kurang pasti jadi saya pun rasa baik saya bawak je,

            “Takpe pakcik meh ikut saya. Saya tunjukkan.”

Saya ambil beg saya dan pimpin pakcik tadi pergi ke surau. Sebab saya memang dah biasa jalan laju, baru beberapa langkah pakcik tadi kata,

“kejap. Tak larat nak jalan cepat.” Saya pun tanya,

“pakcik ada masalah jantung ke?” Dia tak menjawab.

“Takpe pakcik, kita jalan perlahan-lahan. Depan ni je surau.”

Selepas sampai depan surau, saya pun minta diri dulu sebab bas saya balik JB nak dekat sampai dah. Sempat la pakcik tu cakap terima kasih. Saya kongsikan cerita ni bukan nak kata yang saya ni baik, percayalah saya tak baik mana pun. Saya memang selalu suka buat hal sendiri. Tapi saya kongsikan kisah siri INI CHERITA AKU sebab nak ajak anda semua supaya ubah persepsi minda tentang perkara negatif apabila ada orang yang kita tidak kenal minta tolong. Saya sendiri akui kalau orang nak minta tolong dari segi kewangan memang susah kita nak bagi, tapi sekurang-kurangnya kalau orang minta tolong tunjuk arah atau nak tanya sesuatu cubalah kita bantu. Dah la bagi duit pun kedekut, takkan yang macam ni pun nak berkira juga. Sama-sama kita muhasabah diri dan nilai balik, ada lagi ke rasa prihatin terhadap orang lain dalam diri ini?

A.Khairul