Sunday, November 3, 2013

Wira dan Putri (17)

Wira:

Jam di dinding menunjukkan waktu 3.03 pagi. Sementara itu keadaan di luar pula, hujan sedang turun dengan sangat lebat beserta dengan bunyi guruh. Wira masih lagi berbaring di atas katil cuba untuk melelapkan mata. Dia cuba mengiring ke kanan dan ke kiri, menyelubung tubuhnya dengan selimut, tetapi masih gagal untuk membawa mindanya ke tahap alpha. Perasaannya terganggu, Wira pernah merasai perasaan seperti itu sebelum ini cuma dia tidak tahu perkara apa yang membuatkan dia berasa sebegitu.

Wira bangkit dari tempat tidurnya dan menuju ke bilik sebelah. ‘Tempat kerja’ di rumah, itulah yang diberitahu oleh Wira apabila rakan-rakanya bertanya tentang bilik itu. Bilik yang sederhana besar ruangnya di mana terdapat rak buku yang dibina sendiri oleh Wira memenuhi satu bahagian dinding. Wira mempunyai pelbagai genre buku daripada koleksi komik, majalah-majalah seperti National Geographic, novel-novel Melayu dan Inggeris sehinggalah kepada pelbagai buku rujukan dalam bidang sains dan sosial. Di suatu sudut yang lain terdapat sebuah meja yang sering digunakan oleh Wira untuk membuat kerjanya. Di dalam bilik yang sama juga terdapat sebuah skrin TV besar yang terpasang di dinding dan digunakan oleh Wira untuk bermain playstation setelah penat melakukan kerja. Terdapat juga beberapa buah almari kaca di mana Wira meletakkan kesemua action figure yang dibelinya, kanak-kanak sangat suka melihat koleksi action figurenya.

Wira duduk di meja menghadap skrin komputer dihadapannya, kemudian dia melihat pada bingkai-bingkai gambar yang ada di atas mejanya. Dia menatap wajah-wajah mereka yang dia sayang. Wira termenung jauh. Tiba-tiba dia teringat kembali perbualannya dengan Adi pada hari Jumaat yang lepas.

“Kau okay tak Wira? Lately ni aku tengok kau macam lain sikit, tak macam selalu. Kalau ada masalah story la dengan aku.”

“Aku tak tahu nak cakap macam mana la Adi. Aku rasa aku macam dah berubah semenjak balik daripada Paris. Before this aku ingat perubahan ni macam benda biasa, tapi sekarang aku dapat rasakan perubahan ni memberi kesan pada life dan kerja aku. Aku rasa tak selesa dengan diri aku sekarang.”

“Macam tu ke? Tak apalah Wira. Kau ambilah dua atau tiga hari off. Kerja kau kat office tu nanti  biar aku yang tolong buatkan. Kau pergilah bercuti kat mana-mana, cuba tenangkan fikiran dan cari balik diri kau yang dulu. Aku tak tahu apa sebenarnya yang ganggu fikiran kau, tapi aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau.”

Putri:

Hari itu hari minggu, Putri telah berjanji untuk keluar bersama dengan Seri. Majlis pernikahan Seri hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi, oleh sebab itu dia meminta bantuan Putri untuk menemaninya membeli-belah barang-barang persiapan untuk majlis perkahwinannya nanti. Pada mulanya mereka pergi ke Galleria Kotaraya, kemudian ke Danga City Mall, dan akhir sekali ke kedai kain Jakel. Pelbagai barang yang dicari daripada barangan untuk hantaran, pakaian untuk flower boy and girl, door gifts, sehinggalah beberapa barang lain yang ‘terbeli’ kerana ada tanda sale yang diletakkan di hadapan pintu masuk kedai tersebut.

“Wah~ banyaknya kita shopping hari ni Putri,” kata Seri sambil tergelak kecil.

“Engkau la yang banyak shopping, aku beli kasut dengan sepasang baju je pun. Tak ada la banyak mana.”

“Ala kau ni, biasalah~ Kita kan nak kahwin dah, memang la shopping banyak. Nanti kau nak kahwin pun mesti macam tu juga,” Putri hanya tersenyum.

“Kau shopping beli barang untuk kahwin ni semua guna duit hantaran yang dia bagi ke?”

“Eh tak la, aku kahwin mana ada duit hantaran. Parents aku tak mintak pun duit hantaran untuk kahwin. Diorang kata dalam Islam tak ada pun sebut pasal duit hantaran yang ada cuma mahar untuk wanita. So daddy aku kata pasal mahar tu antara aku dengan dia sebab tu hak aku, jadi aku just minta cincin yang agak special sikit la as mahar,” kata Seri sambil tersenyum malu.

“Owh ye ke? Habis tu belanja majlis semua parents kau tanggung ke?”

“Untuk sebelah aku memang semua parents aku yang keluarkan duit. Daddy aku kata, itu kira macam hadiah perkahwinan aku. Dia kata majlis tu dia yang nak buat, guest pun semua dia yang jemput jadi buat apa nak susahkan pihak lelaki. Sebelah lelaki nanti pun ada diorang buat juga majlis tapi macam private untuk family members and kawan-kawan rapat je,” Putri mengangguk tanda faham.

Aku pun lagi excited untuk majlis sebelah lelaki sebenarnya, sebab dia kata akan buat kat resort dan majlis tu lebih kurang macam bbq dinner dengan family members dedua belah pihak kat tepi pantai. Kitorang akan bermalam kat sana dua hari, more like family day gitu kan? Bila macam tu, barulah kita betul-betul dapat kenal family dia dan family dia pun dapat kenal family kita. Kalau majlis kenduri biasa, masa kenduri tu ramai-ramai orang datang tak tahu pun mana satu family sebelah lelaki mana family sebelah perempuan. Tak ingat pun rupa masa kenduri, bila masa baru kenal muka? Masa hari raya baru betul-betul kenal.”

“Dia terangkan macam tu pada kau ke?” Putri bertanya sambil menjeling ke arah Seri.

“Haah mestilah. Aku mana ada fikir dalam-dalam macam tu. Yang aku tahu aku nak kahwin je,” mereka berdua tergelak sama.


A.Khairul

No comments: