Saturday, June 8, 2013

Wira dan Putri (16)


Wira:

Setelah hampir beberapa tahun bekerja di Paris, Wira kini telah kembali ke tanah air. Dalam tempoh 3 tahun di sana, banyak perkara yang telah dia lalui dan pelajari disamping dengan pelbagai pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Sepanjang berada disana, Wira gigih mencari dan berkongsi idea dengan rakan-rakan perniagaannya di sana. Kembalinya ke tanah air kali ini dengan penuh semangat dan azam baru untuk terus lebih berjaya bersama-sama dengan syarikatnya.

Adi menuggu ketibaan Wira di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Teman waktu susah dan senang Wira semenjak dari zaman sekolah hinggalah sekarang. Tidak pernah sekali pun Adi menolak sekiranya Wira memerlukan bantuan daripadanya. Adi juga sangat memahami Wira. Wira bukanlah seorang yang suka meminta pertolongan daripada orang lain, melainkan jika dia dalam keadaan yang sangat terdesak.

Pernah suatu ketika, mereka keluar bersama-sama bermain bowling. Apabila hendak pulang, Adi akan bertanya kepada Wira jika dia hendak Adi menghantarnya ke stesen bas atau teksi yang terdekat. Seperti biasa Wira akan menjawab “tak apa, aku naik bas dekat je~”. Tetapi pada malam itu, Adi yang memandu kereta mengekori Wira secara rahsia. Pada mulanya, dia berasa lucu melihat kelakuan Wira yang berjalan sejauh 10km ke pasaraya Giant. Wira membeli sesuatu sebelum pulang ke rumah dengan menaiki bas. Selepas dari itu, Adi akan bertegas untuk mengahantar Wira setiap kali mereka pergi bermain bowling bersama.


“Kau ni Wira, bukannya nak cakap pun minta tolong hantar dekat Giant ni?”
“Aku tak nak susahkan kau. Satu kerja nanti kau kena pusing jauh kalau hantar aku kat sini.”
“Ala~ jauh sikit je. Lagi pun daripada Giant tu nanti aku boleh je terus masuk highway.”
“Tak apa, aku dah biasa jalan balik sendiri macam tu.”
“alolo konon-konon lone ranger la tu~,” mereka berdua tergelak sama.
“Wira, aku nak cakap sikit satu perkara pada kau boleh tak?”

“Pasal apa?"

“Bukan apa, kita dah lama kawan Wira. Aku dah lama tengok cara kau. Gaya kau tidur, bahagian ayam yang mana kau suka pun aku tau. Yang ini cuma pandangan aku je la. Kau tak rasa kau terlampau baik sangat dengan orang ke?"

“Baik dengan orang pun salah ke?” Wira cuba berseloroh.

“Tak salah, tapi kalau baik sangat sampai orang lain boleh ambil kesempatan kat kita, aku yang tengok ni pun tak boleh tahan. Aku tengok kau bila orang minta tolong kau selalu tolong walaupun kekadang kau sibuk atau ada hal lain, tapi kau masih buat kerja tu sungguh-sungguh. Bila orang ada masalah, kau selalu dengar. Tapi bila sampai suatu masa, orang-orang yang kau tolong tu lah yang buat tak baik dengan kau. Kau tak payah bagitau aku pun Wira. Aku boleh perhati sendiri,” Adi menyuarakan pandangannya. Wira tersenyum.

“Kau bukan orang pertama yang cakap macam tu. Makcik aku pun pernah cakap, aku ni kalau tak cari betul-betul, takut nanti isteri ambil kesempatan. Tapi aku ada prinsip aku sendiri, biarlah orang nak layan kita teruk macam mana tapi kita kena sentiasa layan orang lain baik-baik.”

Putri:

Sudah masuk satu tahun Putri keluar bersama dengan jejaka pilihan hatinya. Keluarganya pun sudah berjumpa dengan si lelaki. Hujung minggu itu, ibu dan ayah Putri menziarah anak tersayang di kota. Akibat kesibukkan di tempat kerja, Putri tidak berpeluang untuk pulang ke kampong pada bulan itu. Oleh yang demikian, dia mempelawa ibu dan ayahnya tinggal bersama-sama dengannya selama seminggu. 

Pagi Sabtu itu, awal-awal pagi lagi ayah Putri sudah keluar bersama dengan rakan-rakan alumni sekolah lamanya pergi bermain golf. Putri membawa ibunya pergi membeli-belah dan membuat tempahan baju untuk hari raya pada tahun ini. Memandangkan tema pada tahun ini adalah hitam, Putri menempah 2 pasang jubah untuk dia dan ibunya. Setelah penat membeli-belah, Putri mengajak ibunya untuk minum petang di Secret Recipe sebelum mereka pulang. Putri memesan dua potong kek dan minuman jus buah.

“Wira ada call Putri?” ibunya bertanya.
“Ada, selalu juga dia call kalau dia tak busy.”
“Macam mana korang berdua? Dah mula rancang-rancang ke?

“Erm, ada la sikit-sikit mak. Wira tu macam-macam ada dalam kepala dia, susah sikit nak buat keputusan dia tu,” Putri tersenyum.

“Bagus la macam tu. Sekurang-kurangnya dia ada juga ambil peduli. Dulu masa mak dengan ayah kau tu, semuanya mak buat. Ayah kau tu tolong sikit-sikit je.”

Putri menuggu ibunya untuk meneruskan percakapannya.

“Wira tu mak tengok, baik orangnya walaupun tak banyak sangat bercakap tapi dia tu ramah. Lelaki macam Wira tu biasanya sensetif sikit orangnya, suka pendam mak agak. Mak tau sebab suami pertama mak dulu perangai dia lebih kurang sama macam Wira. Romantik, hari-hari dia kata I love you kat mak, susah nak jumpa lelaki yang macam tu. Tu yang mak sikit terkilan sebab mak tak pernah luahkan perasaan mak terus terang pada arwah. Kita orang perempuan memang selalu mengharapkan suami cakap macam tu pada kita tapi kita jarang-jarang atau tak pernah pun buat benda yang sama pada suami. Kita suami isteri kena saling memahami, bertolak-ansur, percaya satu sama lain. Jangan malu-malu nak cakap atau tunjuk yang kita sayang pada pasangan kita. Dan yang paling penting sekali sebagai orang perempuan, kena hormat suami kita. Mak pergi kelas agama hari tu, ustazah tu kata. Kita orang perempuan kalau meninggal nanti dalam keadaan suami meredakan permergian kita dan semua layanan kita sepanjang jadi isteri dia, insyaAllah syurga tu mudah bagi kita.”


A.Khairul

2 comments:

Anonymous said...

is it the real story...????

Anonymous said...

bile nak abes ni~

cepatla ending!

:P