Wira:
Wira tekun menelaah buku sejarah yang ada di hadapannya, tatkala itu Helmi menegurnya
Wira tekun menelaah buku sejarah yang ada di hadapannya, tatkala itu Helmi menegurnya
“Wira, kau tak penat ke?”
“Erm, aku nak habiskan baca ni malam ni,”
Wira membalas
“Kau nak tau tak, malam tadi aku mimpi ngeri
duh~”
Wira memberhentikan
pembacaannya. Dia menumpukan perhatian terhadap apa yang ingin diperkatakan
oleh sahabatnya itu.
“Kenapa pula,
kau mimpi apa?” Wira cuba bertanya
“Aku mimpi masa tu aku dengan adik aku
tengah tunggu kat platform komuter, entah macam mana aku macam tertolak atau
sengaja tolak adik aku jatuh dari platform lepas tu dia terus kena langgar
dengan komuter. Bila aku terbangun rasa cuak gila,” cerita Helmi dengan
sungguh-sungguh.
Wira tersenyum mendegar cerita
Helmi. Jarang sekali teman sebiliknya itu ingin bercerita hal sebegitu
kepadanya.
“Kalau kau, apa yang kau rasa kalau benda
macam tu jadi kat kau,” Helmi bertanya kepada Wira.
Wira memandang wajah
sahabatnya itu. Kemudian dia memandang buku yang ada dihadapannya. Wira menarik
nafas panjang.
“Kau nak tau tak Mi, salah satu benda yang
aku takut nak hadapi adalah kematian ahli keluarga aku. Aku tak rasa aku mampu
nak ‘face’ kalau benda macam tu jadi kat aku, aku tak rasa aku cukup kuat nak
hadapi kalau betul-betul jadi pada aku. Sebab tu kadang-kadang aku rasa baik
aku mati dulu daripada aku yang tengok ‘family’ aku meningga,” Wira
memandang jauh ke Lebuh raya Utara-Selatan dihadapan sekolahnya.
Wira tersedar daripada mimpinya.
Mimpi itu bukanlah mimpi biasa semata-mata. Ia adalah memori lama Wira dan
sahabatnya Helmi semasa zaman persekolahan mereka di Negeri Sembilan. Wira
melihat jam di tangan. Sudah pukul 10pagi, dia sudah terlelap hampir satu jam
setelah menerima khabar sedih daripada emaknya pagi tadi.
Wira bangkit perlahan-lahan
dan duduk bersandar di kepala katil, dia mencapai telefon bimbit yang terletak
di atas meja kecil di sebelah katil. Jari-jemarinya menaip sesuatu . Setelah menekan butang
‘save’ Wira dapat merasakan air jernih mengalir di pipinya.
Putri:
“Eh, kau
dengan dia ni ke sekarang Putri?” tanya Wan tidak percaya.
Wan merupakan kawan rapat
Putri semasa zaman persekolahannya dulu. Mereka berdua memang sama-sama nakal,
sama-sama lasak, sama-sama suka menyakat. Tapi itu semua dahulu, sekarang
mereka sudah lebih matang dalam menempuh kehidupan. Masing-masing sudah punya
kerjaya sendiri.
Putri terserempak dengan Wan
semasa berjalan-jalan di pusat membeli-belah
seorang diri, mereka bertegur-sapa dan kemudian Putri mempelawa Wan
untuk minum petang bersama sambil bertukar-tukar berita bertanya khabar.
“La Putri~
tak sangka kau dah ada orang lamar ea,” Putri tersenyum malu.
“Tapi kan,
kenapa dia Nampak macam ‘baik-baik’ je? Bukan lelaki idaman kau dulu lain ke?”
Wan inginkan kepastian.
“Tu dulu la
Wan, zaman-zaman nakal lagi. Sekarang dah lain la.”
“Macam
skema je aku tengok~” mereka berdua tergelak sama.
“Haah, masa
mula-mula aku kenal dia dulu pun lagi la. Tapi sekarang aku rasa dia okay je
dengan aku. Kalau tak kenal rapat dengan dia, mungkin orang fikir dia sombong, pendiam.
Tapi sebenarnya kan biarpun pemalu, dia pandai bergurau tau. Dia selalu buat aku
ketawa.”
“Iye ke?”
Wan seperti tidak percaya.
“Iye~ macam
tak percaya kan, but I’m telling you the truth. Tak kisahlah kalau dengan aku
je dia macam tu, lagi bagus tak?” Putri tersenyum.
Mereka berdua kemudiannya
membeli-belah bersama-sama di pusat beli belah itu sambil bercerita tentang
kisah silam. Sudah hampir 5 tahun Putri tidak berjumpa dengan teman yang duduk
disebelahnya di dalam kelas dahulu. Wan kini bekerja di Johor Bahru. Dia hanya
berada di Kuala Lumpur untuk sebulan sahaja atas urusan kerja.
Sebelum pulang, Wan sempat
membelikan sesuatu untuk Putri,
“Nah, ini
kira macam advance wedding gift la ya. Aku bagi awal-awal sebab nanti lepas ni
aku dah tak ada kat Malaysia lama. Ikut suami sambung belajar ke Jepun. Kalau
ada apa-apa nanti kita contact dekat facebook ea sayang~ Kirim salam dekat dia
nanti.”
“Menunggu
tu memang banyak dugaan, tapi kalau kita bersabar hujung-hujung nanti
InsyaAllah ada balasan yang baik untuk kita. Yakin pada Allah, doa
banyak-banyak setiap kali lepas solat, yang penting kena percaya pada dia. Aku
dah pernah rasa semua ni dulu.”
“Erm~
InsyaAllah. Thank you Wan~”
Khairul
No comments:
Post a Comment