Malam-malam study sambil dengar lagu memang ‘berkesan’ la kan. Ada lagu yang seronok didengar, ada yang tak berapa seronok sangat. Sesetengah lagu tu bila dah seronok dengar kadang-kadang terbayang pula wajah penyanyi lagu tersebut. PERNAH TAK?
Tetiba tertanya-tanya pula apa kaitan wajah, rupa, dan fisikal seseorang dengan suara? Boleh tarik minat orang dengar lagu dia tu ke? Agak-agak kalau muka orang tu jenis yang muka pecah rumah, ada syarikat rakaman nak ambil dia jadi artis tak? Soalan paling best boleh ke dia ada peminat berjuta-juta macam Justin Beiber, Katy Perry, Faizal Tahir, Siti Nurhaliza? Kita sebagai pendengar apa yang kita tengok dulu? Wajah atau suara?
Kalau jawapan jujur kita adalah suara, so lepas ni nak cari bakat baru dalam industri muzik kita buat live dalam radio je. So tak adalah timbul pertikaian/bias orang tu menang sebab dia lawa, comel, handsome atau apa-apa yang berkaitan dengan fisikal dia. Kira orang suka muzik itu genuinely because of the talent of the singer. OK TAK? Artis tu pun boleh jalani hidup dia macam orang biasa, tak perlu risau pasal paparazzi atau wartawan semua tu bagai.
“ Mana boleh macam tu. Tak market la nanti. Kalau orang dengar suara je tak tengok muka, macam mana nak dapat offer jadi duta produk, jadi model majalah, publisiti kurang la~ Kalau ada rupa dan famous senang sikit nak cari jodoh”
Terpulanglah. Saya kalau dengar lagu memang sebab saya suka muzik dan lirik lagu tu. Tak kira la awak tu tembam ke, kurus ke, lawa ke, kurang lawa ke. Tapi kalau dah decide nak jadi artis yang high profile pandai-pandai la bawa diri.
Bila sebut pasal high profile dengan low profile ni, saya teringat Khalifah Umar yang berjaya mentadbir negara dengan berkesan tapi masih low profile. Orang dari negara jiran hanya tahu tentang beliau melalui keberkesanan pentadbirannya tetapi tidak tahu rupanya bagaimana. Sungguh zuhud.
Publisiti ni bukanlah sesuatu yang buruk. Ia hanya akan menjadi buruk bila kita menjadi hamba publisiti. Jika publisiti yang diberikan itu dapat bawa kebaikkan kepada masyarakat tak ada salahnya, tapi kalau rasa ia akan menambah dosa kita baik dijauhkan sahaja. Bak kata seorang rakan saya,
“Mana kita nak, orang ramai sebut-sebut nama kita atau Allah, Nabi dan Malaikat-malaikat yang sebut nama kita?”
Khairul
No comments:
Post a Comment