Salah satu rahsia kebahagiaan hidup di dunia adalah, hablumminallah hablumminannas (menjaga hubungan dengan Allah, dan juga hubungan sesame manusia). Menjaga hubungan dengan Allah seperti yang kita sedia maklum, adalah dengan menunaikan semua perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Apa yang penulis ingin kongsikan disini adalah berkenaan dengan hubungan sesama manusia. Hal ini meliputi Muslim and his parents, Muslim and his wife, Muslim and his children, Muslim and his relatives, Muslim and his neighbours, Muslim and his friends and brothers in Islam dan akhir sekali Muslim and his society.
Untuk menjadi Muslim yang cemerlang bak kata Dr. Fadzilah Kamsah datangnya daripada AKAL, HATI YANG BERSIH DAN JIWA YANG TENANG. Untuk menjada hubungan sesama manusia, kita perlu terlebih dahulu menjaga peribadi dan penampilan kita, “Muslim and his own self”. Untuk perkara ini, Islam telah memberi panduan tentang 3 aspek penting yang menjadi tanggungjawab kita terhadap diri sendiri iaitu, BODY, MIND, and SOUL. Untuk menjadi THE IDEAL MUSLIM, ketiga-tiga perkara ini perlulah seimbang dan dijaga dengan baik.
BODY. Pada zaman Nabi S.A.W, ada seorang sahabat yang berpuasa setiap hari, dan berjaga malam setiap hari menunaikan solat. Mendengar tentang hal itu, Nabi S.A.W bersabda:
“jangan berbuat begitu. Berpuasa dan berbukalah. Tidur dan bangkitlah. Sesungguhnya tubuh badan kamu ada haknya, mata kamu ada haknya, isteri kamu ada haknya, dan tetamu kamu ada haknya.”
Penjagaan tubuh badan meliputi:
a) Bersederhana dalam makan dan minum
b) Bersenam sekerap yang mungkin
c) Tubuh badan dan pakaian yang bersih dan kemas
d) Penampilan yang baik
“When a man goes out to meet his brothers, let him prepare himself properly, for Allah is beautiful and loves beauty”
MIND. Ilmu pengetahuan itu adalah satu kewajipan yang akan mengangkat darjat seorang Muslim. Muslim yang cemerlang akan sentiasa terus menuntut ilmu sehingga ke akhir hayatnya. Ilmu yang dimaksudkan disini bukan hanya focus pada satu lapangan sahaja, tetapi merangkumi lapangan lain seperti seorang doctor yang turut mendalami ilmu hadis, seni dan falsafah. Individu yang cemerlang tidak akan hanya fokus pada bidangnya sahaja malah dia akan cuba mendalami bidang lain juga. Dalam pada itu, menjadi tanggung jawab seorang Muslim itu juga untuk memahirkan dirinya dengan ilmu Al-Quran (bacaan, tajwid, tafsir), ilmu hadith, sirah dan juga fiqh.
SOUL. Tanggungjawab Muslim kepada pembentukkan jiwanya juga memainkan peranan yang penting dalam usaha menjadi THE IDEAL MUSLIM. Muslim yang cemerlang akan sentiasa cuba untuk mempertingkatkan ketakwaan dan jati dirinya dengan mendekatkan diri kepada Allah. Mengamalkan doa-doa yang diamalkan oleh para Nabi dan Rasul InshaAllah dapat membantu Muslim membentuk jiwa yang mantap. Melihat kisah muallaf yang baru memeluk Islam (daripada youtube dan sbg.) dapat membantu kita melihat dari kaca mata sahabat baru tentang keindahan dan istimewanya Islam itu.
Khairul
3 comments:
yup.
jangan dilupa juga surah al-mukminun berkenaan perihal orang2 mukmin.
god bless you akhi.
nice chang. pas ni bleh la bg saturday circle lak. heh
aku suka entry yang ni!hu, kadang manusia hanya jaga yang satu tu je, "penampilan yang baik"..yang lain semua hilang kemana..mudah-mudahan kita mengambil pengajaran dari perkongsian ini..mantap!
Post a Comment