Terdetik untuk menulis tentang perihal EGO setelah sekian lama membekukan hasrat di dalam hati. Penulis merasakan kegagalan mangawal EGO itulah yang menjadi punca kepada kebanyakkan permasalahan. Kegagalan mangawal EGO yang penulis maksudkan adalah orang yang merasakan dirinya lebih superior daripada orang lain, lebih senior, lebih hebat, lebih berkuasa, dan segala macam ‘lebih’. Orang yang tinggi EGOnya merasakan dirinya paling penting, selfish.
Di Sekolah
Untuk mereka yang pernah bersekolah di sekolah berasrama, pasti sudah biasa dengan istilah seniority. Bukanlah ingin mengatakan yang seniority itu tidak baik semata-mata, tetapi seperti yang dikatakan pada awal tadi jika EGO itu tidak dikawal, buruk jadinya. ‘Teguran’ yang langsung tidak mendidik junior tersebut malah menanamkan sifat benci dan dendam. Kalau dulu kita ‘kena’ teruk dengan senior, perlukah kita buat benda yang sama kepada junior. Kenapa jadi macam ini? EGO tinggi. Niatnya bukan untuk mendidik adik-adik, tetapi untuk menunjukkan EGOnya, seniority, “aku paling taiko,so korang kena respect aku!!”
“Yang tua dihormati, yang muda disayangi”
Di Fast Food Restaurants
Pengalaman bekerja selama sebulan di restoran McDonald’s cukup bermakna buat penulis. Banyak yang penulis belajar dalam tempoh yang singkat itu sama ada daripada rakan sekerja mahu pun daripada pelanggan yang datang. Seorang pelanggan wanita yang baru datang ke restoran dengan sendirinya membersihkan meja di mana dia dan keluarganya sedang duduk. Kalau kita, mungkin akan tunggu sampai pekerja yang bersihkan, bila lambat dibersihkan mula la kita ‘naik darah’. Kalau keadaan dalam restoran itu sangat sibuk, apa salahnya kalau kita bersihkan sendiri . Jatuh ke maruah kita kalau buat macam itu? “Kenapa aku nak bersihkan, pekerja kan ada. Biarlah dia yang bersihkan.” EGO tinggi. Tapi kalau lambat jangan nak marah-marah, nanti hilang mood orang lain nak makan.
Dalam sesetengah perkara tidak salah kita mempertahankan EGO kita (dalam perihal agama, maruah bangsa dan Negara), tapi sekali-sekala kita perlu juga merendahkan EGO kita mengikut keadaan. Merendahkan EGO pula janganlah sampai orang boleh memperlekehkan kita sesuka hati. Islam itu sendiri menyuruh penganutnya menjaga maruah diri.
p/s: Post ini juga untuk mengingatkan penulis yang kadang-kala tidak dapat mengawal EGOnya. Mujurlah ada insan yang sudi menegur. Terima kasih.
Khairul
No comments:
Post a Comment