Sunday, November 1, 2009

For the sake of...

Kita selalu mendengar dan melihat perbandingan yang dibuat antara satu individu dengan individu yang lain, satu kumpulan dengan kumpulan yang lain, satu organisasi dengan organisasi yang lain, satu Negara dengan Negara yang lain, satu budaya dengan budaya yang lain, satu agama dengan agama yang lain.

Saya lebih tertarik dengan perbandingan antara individu kerana perkara ini yang sering kita alami dan kadang-kala kita sendiri melakukannya sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Comparison atau perbandingan ini boleh membawa kepada kebaikkan dan juga keburukkan. Then again, it depends on how the person wants to evaluate it. “Buang yang keruh, ambil yang jernih” tapi kadang-kadang itu, yang keruh juga nak diambil lebih. Terpulanglah~

Semasa saya masih di bangku sekolah rendah, emak selalu membandingkan saya dengan akak “tengok along, belajar rajin, periksa selalu dapat nombor satu, angah dapat nombor 6.” Selalu sangat mak bandingkan saya dengan akak, dan sebab saya tak suka dibandingkan saya cabar diri saya untuk ‘atasi’ pencapaian akak. Sejak dari sekolah rendah hingga ke tingkatan 3 saya jadikan akak saya sebagai penanda aras yang perlu saya atasi, dialah motivasi saya.

Kemudian bila saya masuk tingkatan 4, saya merasakan apabila kita terlalu ikutkan sangat ‘perbandingan’ yang dibuat, ia akan jadikan kita seorang yang hanya tertumpu pada suatu perkara sahaja. Kalau orang bandingkan kita dengan orang pandai, janganlah sampai 24/7 duduk menghadap buku. Kalau orang bandingkan kita dengan sportsman, janganlah sampai pelajaran diabaikan. Kalau bandingkan kita denga artis, janganlah sampai didikan agama semua kita tolak tepi. Sebab itu ISLAM sendiri mengajar kita bersederhana dalam semua perkara.

Apabila kita kejar dunia, akhirat akan lari daripada kita. Apabila kita kejar akhirat, dunia akan tunduk kepada kita’. Satu kata pujangga yang boleh kita renung-renungkan. When you do something, do it for the sake of IBADAH. Nasihat untuk diri saya yang kadang-kadang lalai.

Khairul

1 comment:

Tharuman said...

oh, boleh boleh lah komen.. saya yang cacat sikit lah =S