“To you be your religion, and to me my religion” [Surah Al-Kafirun: Ayat 6]
Ada sebab kenapa penulis memulakan penulisan post kali ini dengan sepotong ayat daripada surah Al-Kafirun (The Unbelievers). Kalau dulu ada pihak yang mempersoalkan tentang kes murtad Lina Joy, kemudian kecoh satu Malaysia bila Majlis Fatwa mengharamkan yoga. Hari ini hangat pula diperkatakan tentang hukuman sebat yang dikenakan oleh Mahkhamah Syari'ah ke atas seorang wanita.
Yang menarik perhatian penulis adalah, pihak yang terlampau beriya-iya mempersoalkan tentang tindakan Majlis Fatwa dan Mahkhamah Syar'iah ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Eh kenapa pula macam itu?
Daripada apa yang penulis belajar daripada seorang Ustaz semasa di Seremban, undang-undang Syari'ah Islam dan Hudud adalah dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja, yang bukan Islam pula hukumannya bergantung pada budi-bicara kuasa pemerintah, dalam erti kata lain undang-undang sivil Malaysia. Satu perkara lagi yang Ustaz penulis pernah ajar, hukuman rotan dalam undang-undang Shariah Islam sama sekali berbeza dengan hukuman sebatan biasa dalam undang-undang sivil. Tolonglah jangan mempersoalkan tentang agama kami kalau kamu tidak mahu menganutinya. Dalam Perlembagaan Persekutuan pun ada perkara yang menyebut tentang hal ini. Bagi mereka yang beragama Islam janganlah mudah terkeliru dengan anasir-anasir luar ini. Jangan cepat melatah, guna akal dan fikir.
Seseungguhnya segala hukuman di dalam Islam itu adalah bertujuan untuk mendidik individu dan masyarakat tersebut. Perundangan Islam adalah suatu perundangan “Rabbani” yang tidak semestinya semua yang wujud didalamnya dapat difahami dan diketahui falsafahnya oleh manusia di suatu zaman. Mungkin di suatu masa nanti rahsia-rahsianya akan tersingkap semua. [Dato’ Dr Haron Din “Keunggulan Perundangan Islam”]
“Kemudian kami jadikan kamu berada di atas suatu syari’ah (peraturan dan undang-undang) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syari’at itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahuinya. (Surah Al-Jaatsiah: ayat 18)
Khairul
4 comments:
i like this post.
AKU SOKONG ko..btol!!!! Islam itu agama yg adil dan syumul..org bukan islam TIADA HAK nk mempersoalkan agama kami..apatah lagi umat islam tuh sendiri!!!
tol gak duh. :)
btw, sebagai seorg stalker yang pro. ada orang like ur blog. so gud job, mate.
camni.. mngikut pandangan TG Nik Aziz dlam cramahnya, kalo orang bukan islam tolak, komen or kutuk islam, kite still boleh trima lagi (bkan mksdnya xmrah langsung, still lagi marah), tapi tu sbb they did't understand what is islam all about... but, if there is muslim lbih2 lagi muslim LEADER yg tolak islam, ni yg kite patut lagi marah coz ni islam PLASTIK (bkan islam palestin).. haha..
Post a Comment