Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang
Hari ini saya ingin berkongsi
satu tips atau saranan yang pada saya perlu diambil perhatian oleh setiap ibu
bapa di luar sana. Mungkin akan ada sesetengah individu yang mempunyai pendapat
yang berbeza mengenai topik ini, tetapi as adult mari kita raikan perbezaan
pendapat secara matang. Cerita dia bermula apabila si isteri membuka cerita
tentang beruntungnya orang yang ibu bapa berharta dan tak berkira untuk beri pada anak-anak. Dalam pada itu dia juga ada kawan yang ibu bapanya memang
berada, tetapi si anak tidak mahu bergantung harap pada duit ibu bapa.
Sebab saya dah jadi BAPAK, jadi saya lebih fokus pada 2 sudut pandangan yang berbeza sebagai ibu bapa.
1) Adakah kita masih akan bantu anak-anak dari segi kewangan apabila mereka sudah besar dan bekerja? ATAU
2) Anak-anak perlu belajar kumpul harta sendiri daripada kosong?