Dengan Nama Allah Yang
Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
What's up people!!! I am back into writing again. This time much wiser and educational InsyaAllah*smile*. SubhanAllah, bertahun rasanya sudah
tidak menulis di dalam blog sonofanwar ini. Rasa seperti perlu meminta maaf
pada diri sendiri kerana gagal berikan komitmen dalam penulisan blog selepas mula
bekerja. Maafkan saya wahai diri yang lalu, alasan sibuk bekerja bukanlah satu
sebab yang kukuh untuk membiarkan blog ini berdebu didalam sarang.
Untuk comeback penulisan kali ini, saya memilih untuk memulakannya dengan
bercerita tentang apa yang berlaku dalam kehidupan saya sepanjang beberapa
tahun lepas. Bila fikir-fikir balik, eh macam banyak pula benda nak diceritakan.
Daripada saya bertunang, kemudian berkahwin, bekerja sebagai doktor pelatih,
mendapat anak sulung, cubaan untuk berniaga, latihan doktor siswazah, mendapat
anak kedua sampailah ke sekarang.
Tujuan saya menulis sama juga
seperti dahulu, untuk berkongsi pengalaman dan pada masa yang sama untuk kita
sama-sama muhasabah diri tentang cara kita melalui kehidupan seharian kita. Untuk
anda yang membaca, doakan supaya saya mampu untuk kembali istiqamah dalam
penulisan blog InsyaAllah. Itu saja setakat ini, hingga ke posting seterusnya.
Dr A.Khairul