Saturday, April 23, 2011

PEOPLE.PLACES (3)




I want the experience doing these jobs. Jobs which most people pandang-pun-tak-nak, but for me it was really something. Still remember, we were having this camp when I was in form five at Melaka. We were instructed to go out there and randomly do community service. Some went to gotong-royong at this one police station, but of course they have to go through all the Q&A with the officer in charge before they were allowed to do so. What I'm trying to say here is, please don't look down on people who are working at a construction site, mak cik cleaner, tukang sapu sampah. It might look simple but working under the hot sun require a person to show great patience and perseverance.

Khairul

Thursday, April 21, 2011

Wira dan Putri (8)

Wira:

Selepas seminggu berehat di kampung, Wira terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana rakan-rakan di pejabat sudah mula bertanya tentang perihal kerja. Syarikat kerjasamanya dengan rakan-rakan karib, Anak Malaya Group kini sudah berusia 5 tahun. Dalam tempoh itu mereka sudah banyak berkembang, dan selaras dengan itu tanggungjawab mereka juga semakin berat.

Tidak puas rasanya bagi Wira berada seminggu di kampung. Suasana di kampung sangat berlainan. Udara yang segar, jiran-jiran yang rajin bertanya khabar, sahabat di waktu kecil yang tidak jemu mengajaknya meronda-ronda dan juga mendengar celoteh si emak. Wira tidak dapat merasakan semua itu apabila pulang ke bandar, hidupnya sunyi di bandar. Benarlah kata bijak pandai, manusia ini kadang kala leka dengan nikmat yang ada. Mendengar celoteh Si Ibu dianggap sebagai bebelan, tetapi apabila dirinya berasa sunyi, bebelan ibu itulah yang dirindui Wira.

Sebelum pulang ke KL, emak Wira sempat berpesan kepadanya, nasihat yang sama didengarinya sejak dari kecil hinggalah sekarang,

“Nanti pergi luar negara tempat orang tu pandai-pandai bawa diri. Sembahyang jangan lupa. Kalau ada apa-apa berlaku, emak jauh tak dapat nak tolong apa. Dengan Allah je kita boleh minta tolong.”

Wira hanya mengangguk mendengar nasihat emaknya itu.

"Nanti bila kak long dengan abang balik, kirim salam dekat diorang ea mak”

Sepanjang dalam perjalanan pulang, kepala Wira sibuk memikirkan persiapan yang perlu dibuatnya sebelum berangkat ke Paris. Dia merancang untuk mengambil semula kelas insentif Bahasa Perancis untuk memudahkannya berurusan selama 2 tahun di sana nanti.

tu lah~ dulu tak nak practice betul-betul speaking france, kan dah lupa.”

Marah Wira pada dirinya.

Putri

Masih terngiang-ngiang di fikiran Putri perbualannya dengan Seri semalam. Seri bertanya tentang status hubungannya dengan lelaki bernama Wira. Ya, Wira. Sudah hampir setahun mereka berkenalan dan Putri merasakan dia dan Wira seperti rakan karib sejak dari kecil lagi. Wira lain orangnya. Dia seorang pendengar yang setia. Kadang-kala apabila menghadapi masalah, Wiralah orang yang terlintas difikirannya yang dirasakan dapat membantu. Mereka jarang bersua, hanya sms yang menjadi medium komunikasi antara mereka berdua. Putri merasakan Wira ini sangat istimewa, tetapi dalam pada masa yang sama dia juga menganggap Wira sebagai seorang yang sungguh misteri.

Pernah suatu ketika Putri bertanya kepada Wira,

You ni easy-going type of person ea. Always macam happy-go-lucky ­je.”

Wira hanya tersenyum,

“ Kalau tu yang you rasa maknanya banyak lagi pasal I yang you tak tahu.”

Putri memandang Wira,

“Sebenarnya, banyak benda yang I nak tanya pasal you. About your family, but it doesn’t seem fair since I never tell you anything about my family.”

“And why is that?” Wira bertanya.

“I dah terbiasa dari kecil. Mak dulu ada kata, semua perkara yang berlaku dalam family tak perlu nak heboh-heboh dengan orang luar. I just share those stories dengan kawan-kawan rapat I je.”

“So I belum sampai tahap kawan rapat lagi la? Nanti bila Putri dah rasa macam nak cerita tentang keluarga Putri, at that time I will tell you about my family” Wira cuba berseloroh.

Mereka berdua hanya tersenyum. Perbualan itu masih tersimpan rapi dikotak ingatan Putri.

Ya. Putri masih belum bersedia untuk berkongsi cerita peribadinya kepada Wira. Apa yang tersimpan di dalam ‘kotak hati’nya bukan sesuatu yang indah. Dia bimbang jika dia mula bercerita kepada Wira, lelaki itu akan menjauhkan diri daripadanya. Perkara inilah yang membuatkan Putri masih tidak pasti tentang status hubungannya dengan Wira. Adakah dia hanya menganggap Wira sebagai kawan atau lebih daripada itu...

Khairul

Monday, April 18, 2011

Panjang umur murah rezeki...


Road trip, backpacking memang la seronok. Lagi seronok kalau kita tak perlu fikir apa-apa pasal kerja ke, pasal study ke, atau mana-mana komitmen lain masa travel tu. Aku ni pada asalnya ada simpan hasrat nak jalan-jalan ke Europe sementara masih belajar di India ni. Tapi lepas buat kira-kira balik dan perancangan untuk bawak balik RM10,000 ke Melaka nanti, serta komitmen lain yang lebih utama, nampaknya terpaksa la aku tangguhkan hasrat aku tu. *keciwa*

Kecewa bukan sebab apa, ada seorang kawan tu dah beriya-iya pelawa aku datang tempat dia belajar and also sebab dah lama sangat teringin nak tengok tempat-tempat best kat Europe. Nak pujuk hati punya pasal cakapla “tak apa, study molek-molek kasi habis belajar medic dulu lepas tu travel la puas-puas.” Terpujuk sikit je, sebab lepas tu datang pula suara nanti dah jadi doktor ada masa ke nak travel semua ni?”. Owh sungguh kecewa~

Cuba gak pujuk perasaan ni “tak apa, kerja molek-molek nanti sampai dapat jadi boss, ada partnership nanti senang la nak ambil cuti. Masa tu boleh bawak satu family sekali travel puas-puas.” *tersenyum sikit* Option lain yang ada, nanti masa nak buat specialist pilih la nak buat dekat Europe. Cara tak? Sambil study, sambil jalan-jalan. *tersenyum lebar* muahaha.

Ni la nak share sikit tempat-tempat yang aku nak pergi and reason-nya (most of the places ada dalam 7 wonders sebenarnya). Jepun- kawasan luar bandar Jepun, Tokyo. China- Great wall, Terracotta army. Jordan- red sea, petra. Egypt- sphinx and pyramid. Rome- colloseum, vetican city. Paris- Eiffel tour, de louvre museum, kawasan luar bandar france. Apa-apa pun aku harap dapat buat umrah dulu sebelum aku melawat tempat-tempat ni. Bukan apa, aku ter’inspired’ dengan seorang super-senior aku yang dah travel almost all over the world. Kata orang tua-tua jauh berjalan luas pandangan . InsyaAllah panjang umur, murah rezeki ada la peluang.

Travel through the earth and see how Allah did originate creation, so will Allah produce a later creation; for Allah has power over all things.” Quran (29:20)

Khairul

Sunday, April 3, 2011

Jangan Pandang Sebelah Mata

During the recent semester break, I spent lot of time hanging out with my friends. Since some of them got classes that they had to attend and some are working, I could only met them after the office hours. Usually the guys will fetch me and later the girls will drop me back home. Maybe because of that kot they think I’m the type that can’t berdikari.

This childhood friend of mine was amazed when I told her that I used public transport to get to places around JB, Tebrau, Skudai, etc. Tahu pula kau Mad naik bas nombor berapa?” That’s the thing I don’t really understand ever since I was little till now. Why do we need to know bus nombor berapa? I mean it is there on the board clearly showing the bus routes. Even if you are not really sure you can still ask the driver right, so yeah that is how I learn to use public transport.

Then when she talked about her office works and how she likes the job, I can’t help but agreed with everything she said because I once worked at a fast-food restaurant before. Again she didn’t believe it. Guess what she said aku tengok kau macam jenis yang tak boleh berdikari je~”. Amboi Cik Tina kita, jujur sangat tu. I laughed soooo hard when she said that. I guess maybe it’s written somewhere in my face, ANAK MANJA. Babe there’s no such thing as ANAK MANJA in our family.

But it feels good you know to be able to make such impression. Being able to do things that people think you can’t do. More than meets the eye. Cewah kembang sendiri ni, hahaha. Whatever, I can’t blame them since we haven’t met for years. They also have change a lot, in a good way of course. One of my friend, she owns a laundry shop where she manage everything by herself. I never expect that!! I guess we all have something that can make others astound, although for us it was nothing.

Khairul

Saturday, April 2, 2011

High Profile atau Low Profile


Malam-malam study sambil dengar lagu memang ‘berkesan’ la kan. Ada lagu yang seronok didengar, ada yang tak berapa seronok sangat. Sesetengah lagu tu bila dah seronok dengar kadang-kadang terbayang pula wajah penyanyi lagu tersebut. PERNAH TAK?

Tetiba tertanya-tanya pula apa kaitan wajah, rupa, dan fisikal seseorang dengan suara? Boleh tarik minat orang dengar lagu dia tu ke? Agak-agak kalau muka orang tu jenis yang muka pecah rumah, ada syarikat rakaman nak ambil dia jadi artis tak? Soalan paling best boleh ke dia ada peminat berjuta-juta macam Justin Beiber, Katy Perry, Faizal Tahir, Siti Nurhaliza? Kita sebagai pendengar apa yang kita tengok dulu? Wajah atau suara?

Kalau jawapan jujur kita adalah suara, so lepas ni nak cari bakat baru dalam industri muzik kita buat live dalam radio je. So tak adalah timbul pertikaian/bias orang tu menang sebab dia lawa, comel, handsome atau apa-apa yang berkaitan dengan fisikal dia. Kira orang suka muzik itu genuinely because of the talent of the singer. OK TAK? Artis tu pun boleh jalani hidup dia macam orang biasa, tak perlu risau pasal paparazzi atau wartawan semua tu bagai.

“ Mana boleh macam tu. Tak market la nanti. Kalau orang dengar suara je tak tengok muka, macam mana nak dapat offer jadi duta produk, jadi model majalah, publisiti kurang la~ Kalau ada rupa dan famous senang sikit nak cari jodoh”

Terpulanglah. Saya kalau dengar lagu memang sebab saya suka muzik dan lirik lagu tu. Tak kira la awak tu tembam ke, kurus ke, lawa ke, kurang lawa ke. Tapi kalau dah decide nak jadi artis yang high profile pandai-pandai la bawa diri.

Bila sebut pasal high profile dengan low profile ni, saya teringat Khalifah Umar yang berjaya mentadbir negara dengan berkesan tapi masih low profile. Orang dari negara jiran hanya tahu tentang beliau melalui keberkesanan pentadbirannya tetapi tidak tahu rupanya bagaimana. Sungguh zuhud.

Publisiti ni bukanlah sesuatu yang buruk. Ia hanya akan menjadi buruk bila kita menjadi hamba publisiti. Jika publisiti yang diberikan itu dapat bawa kebaikkan kepada masyarakat tak ada salahnya, tapi kalau rasa ia akan menambah dosa kita baik dijauhkan sahaja. Bak kata seorang rakan saya,

“Mana kita nak, orang ramai sebut-sebut nama kita atau Allah, Nabi dan Malaikat-malaikat yang sebut nama kita?”

Khairul